“Mementingkan Keperluan Kommuniti”

“Memberi peluang kehidupan.” Nama DaVita diambil daripada perkataan Itali yang bermaksud ‘memberi peluang kehidupan’. Inilah yang menjadi tunggak dorongan kepada teammate DaVita di dalam memberi perkhidmatan kepada pesakit kami setiap hari, sama ada pasukan klinikal kami mahupun pasukan pentadbiran kami yang bertugas di pejabat.

Dipercayai oleh lebih daripada 1,900 rakyat Malaysia yang menghidapi Penyakit Buah Pinggang Peringkat Akhir atau lebih dikenali dengan nama “End Stage Renal Disease (ESRD)”, DaVita Malaysia memberi penekanan terhadap pendekatan holistik dengan mengambil berat akan keseluruhan faktor pesakit termasuklah dari segi fizikal, mental, sosial dan juga penyakit yang didiagnosiskan. Daripada sebanyak 40 pusat rawatan kami di seluruh negara, tujuh (7) daripadanya telah menerima pentauliahan daripada Malaysia Society for Quality in Health (MSQH). DaVita merupakan pusat kendiri pertama di Malaysia yang menerima pentauliahan seperti ini.

banner about us

Perkhidmatan yang Ditawarkan

DaVita Malaysia akan bekerjasama dengan pesakit untuk membentuk satu pelan yang bersepadu yang bersesuaian dengan kehendak dan cara hidup pesakit di samping menyediakan satu pasukan penjagaan dan perkhidmatan pengurusan kesihatan yang sesuai dengan keperibadian pesakit. Selain daripada menyediakan perkhidmatan rawatan dialisis yang diuruskan oleh pasukan kesihatan profesional yang bertauliah, DaVita turut menawarkan perkhidmatan holistik seperti berikut:

Penjagaan Dialisis Berkualiti di 40 Pusat Rawatan – 7 daripadanya mendapat pentauliahan daripada MSQH

Penjagaan Dialisis Berkualiti di 40 Pusat Rawatan – 7 daripadanya mendapat pentauliahan daripada MSQH

Pengangkutan

Pengangkutan

Penjagaan Kecemasan oleh Jururawat Terlatih BLS/ACLS

Penjagaan Kecemasan oleh Jururawat Terlatih BLS/ACLS

Ujian darah intensif selama 3 bulan & ujian hemoglobin secara bulanan

Ujian darah intensif selama 3 bulan & ujian hemoglobin secara bulanan

Program Bantuan Pesakit

Program Bantuan Pesakit

Kaunseling untuk Pesakit

Kaunseling untuk Pesakit

Jurulatih Kesihatan – Pendidikan untuk Pesakit

Jurulatih Kesihatan – Pendidikan untuk Pesakit

Sokongan Pengangkutan Pesakit

Sokongan Pengangkutan Pesakit

Permohonan Biasiswa

Permohonan Biasiswa