Selamat datang ke DaVita Malaysia
Selamat datang ke DaVita Malaysia
Selamat datang ke DaVita Malaysia

Ketahui komitmen DaVita dalam menyediakan rancangan bersepadu, pasukan penjagaan peribadi dan perkhidmatan pengurusan kesihatan yang mudah untuk pesakit buah pinggang.

Masakan Sedap & Sihat
Masakan Sedap & Sihat

Kami menjemput anda untuk melihat buku masakan mesra pesakit buah pinggang kami. Memaparkan 30 resipi yang disumbangkan oleh Komuniti Pesakit DaVita kami khas untuk anda.

Iron Outreach Program
Iron Outreach Program
Program ‘Iron Outreach’

Program Iron Outreach adalah salah satu inisiatif CSR DaVita Malaysia untuk membantu pesakit yang kurang bernasib baik.

We are hiring!
Sertai kami!

Perjalanan Kerjaya Anda Bermula Di Sini

You’re in safe hands with DaVita
You’re in safe hands with DaVita
Anda berada di tangan yang selamat dengan DaVita

DaVita Malaysia secara proaktif menyokong pesakit kami untuk memastikan bahawa mereka mendapatkan vaksin.

Lokasi Pusat Dialisis

Penyedia Utama Rawatan Dialisis Swasta

DaVita Malaysia mempromosikan kesejahteraan pesakit dan kualiti hidup terbaik melalui rawatan dialisis bertaraf dunia dan perkhidmatan holistik yang diberikan oleh jururawat renal kami yang terlatih dan berpengalaman serta diperakui oleh pensijilan-ACLS.

Rangkaian Perkhidmatan yang Meluas

Rangkaian Perkhidmatan yang Meluas

DaVita menyediakan perkhidmatan secara menyeluruh di dalam penjagaan buah pinggang.

Peneraju Industri dengan Pencapaian Cemerlang

Peneraju Industri dengan Pencapaian Cemerlang

Kecemerlangan pencapaian perubatan kami telah melebihi standard pencapaian amalan perubatan di dalam industri ini, didorong oleh amalan perubatan terbaik di peringkat global dan disertakan dengan inovasi yang terkini dan terbaik.

Pusat Dialisis Berkualiti Tinggi

Pusat Dialisis Berkualiti Tinggi

DaVita merupakan pusat pembekal dialisis yang pertama yang menerima anugerah Akreditasi MSQH, yang merupakan “gold standard” di dalam industri rawatan dialisis.

Bina Kerjaya Anda Bersama Kami & Impak Komuniti

Bina Kerjaya Anda Bersama Kami & Impak Komuniti

Aktiviti yang meluas yang berkaitan dengan ‘Tanggungjawab Sosial Korporat’; Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus’; dan ‘Kepelbagaian dan Kekitaan’.

Pusat Rangkaian Terbesar

Pusat Rangkaian Terbesar

DaVita telah dipercayai oleh lebih daripada 2,000 pesakit ESKD, dan mempunyai sebanyak lebih daripada 40 buah pusat dialisis di seluruh Malaysia.

Perkhidmatan & Rawatan Dialisis

Understanding Chronic  Kidney Disease (CKD)

Kehidupan dengan Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD)

Buah pinggang anda – dua organ yang berbentuk seperti kekacang, terletak di bahagian bawah belakang anda, bertugas sebagai sistem penapis kepada badan anda, membersihkan darah daripada bahan kumuh dan lebihan cecair dan juga mengimbangi kimia yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi.

Kidney-Friendly Recipes for a Healthier You

Resipi Mesra-Buah Pinggang untuk Diri Anda yang Lebih Sihat

Dikatakan bahawa kita akan melihat makanan dengan mata kita terlebih dahulu, jadi nikmati beberapa resipi mesra buah pinggang kegemaran kami.

Mengapakah Anda Perlu Mengunjungi Pusat Dialisis di Malaysia?

Mengunjungi pusat rawatan dialisis berhampiran dengan anda dapat membantu anda memahami tentang rawatan dan perkhidmatan yang disediakan. Selain daripada rawatan dialisis, pusat rawatan ini juga ada kalanya menawarkan program dan perkhidmatan lain seperti perundingan, pengangkutan, penerangan dan perkongsian, sokongan orientasi, sokongan untuk permohonan bantuan kewangan bagi kos rawatan dialisis swasta, subsidi yang disediakan, dan lain-lain lagi.
 

Ketahui Kos Rawatan Dialisis Swasta

Di sini, anda juga dapat bertanya dengan lebih terperinci mengenai harga dialisis buah pinggang. Harga rawatan dialisis bergantung kepada keadaan buah pinggang serta pelan rawatan yang dicadangkan oleh doktor anda. Selain itu, anda juga dapat mengenali persekitaran dan jururawat yang akan menjaga anda sepanjang proses dialisis.
 

Harga Rawatan Dialisis Buah Pinggang

Kos dialisis swasta di Malaysia mungkin berbeza mengikut diagnosis dan keadaan pesakit. Anda disarankan untuk mendapatkan perundingan dan nasihat tentang keadaan kesihatan anda daripada profesional kami terlebih dahulu untuk mengetahui harga rawatan dialisis yang tepat untuk anda.

Kunjungi salah satu daripada pusat rawatan dialisis kami yang berhampiran anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut!
 

Pusat Rawatan Dialisis Buah Pinggang Dapat Membantu Mengatasi Kegagalan Buah Pinggang Acute

Kegagalan buah pinggang biasanya dipercayai akan kekal bersama anda, namun tidak semestinya begitu. Terdapat beberapa kes kegagalan buah pinggang acute yang juga dikenali sebagai kegagalan ginjal acute yang bertambah baik selepas menjalani proses dialisis buah pinggang yang sewajarnya. Bagi beberapa kes kegagalan buah pinggang acute, menjalani rawatan di pusat dialisis swasta boleh membantu buah pinggang menjadi lebih baik.

Walau bagaimanapun, hal ini terkecuali bagi kegagalan buah pinggang kronik atau peringkat akhir. Jika anda tergolong di dalam peringkat tersebut, anda memerlukan rawatan dialisis buah pinggang yang konsisten. Jika bersesuaian, doktor mungkin akan menyarankan penggantian buah pinggang.
 

Pusat Dialisis Swasta Mempunyai Pakar Profesional untuk Membimbing Anda Menjalani Kehidupan yang Lebih Sihat

Pusat ini mempunyai unit profesional yang akan membantu anda mendapatkan jenis dialisis terbaik dan juga nasihat profesional. Sebagai contoh, anda boleh mendapatkan maklumat mengenai apa yang anda boleh dan tidak boleh makan, senaman yang sesuai untuk anda lakukan dan cara memantau paras gula di dalam darah anda serta tekanan darah daripada pasukan profesional.

Doktor di pusat dialisis buah pinggang memainkan peranan penting dalam memastikan anda mempunyai kualiti hidup yang sihat dan baik. Doktor anda akan mendiagnosis, merawat dan menentukan prosedur dialisis terbaik untuk mencegah masalah yang berkaitan dengan organ ini.

Nasihat dan pelan rawatan yang disediakan oleh doktor di sini adalah meluas berikutan pengalaman mereka dalam bidang ini. Kos rawatan dialisis juga akan bergantung kepada pelan rawatan tersebut. Ketahui juga mengenai kepentingan serta kesan dialisis buah pinggang sewaktu sesi konsultasi anda
 

Jururawat di pusat dialisis adalah penting untuk:

  • Menyediakan rawatan perubatan
  • Memberi sokongan emosi kepada pesakit 
  • Membimbing pesakit tentang keadaan dan keperluan mereka 

Jururawat di pusat ini dapat menyediakan penjagaan yang lebih peribadi dan disesuaikan dengan keperluan anda. Jururawat di sini juga akan memberikan penerangan yang diperlukan tentang penyakit buah pinggang serta strategi pencegahan kepada anda dan keluarga anda. Mereka juga akan memberikan maklumat semasa kepada anda dan keluarga mengenai status kesihatan anda.
 

Dapatkan Dialisis Anda di Pusat Dialisis Buah Pinggang DaVita Malaysia

Pusat Dialisis Buah Pinggang DaVita mengekalkan standard penjagaan tertinggi untuk pesakit kami. Kami adalah penyedia dialisis swasta pertama yang memperoleh Akreditasi MSQH yang merupakan piawaian emas untuk industri. Dengan hanya ~5% daripada pusat dialisis di Malaysia menerima akreditasi ini, 20% daripada pusat dialisis DaVita telah pun diakreditasi. Kami merancang untuk mencapai sasaran 50% menjelang 2023. 

Pusat Dialisis Buah Pinggang DaVita terletak di 11 negeri di seluruh Malaysia, dan setiap daripada 40 pusat itu dilengkapi dengan pasukan profesional penjagaan kesihatan yang akan memastikan anda menerima rawatan dialisis yang optimum dengan penjagaan yang terbaik. Dari segi kos dialisis swasta, pihak insurans dan beberapa badan kebajikan lain boleh membantu bagi meringankan beban kewangan anda. 

Hubungi talian utama kami di 1-800-180-780 atau WhatsApp di +6012 265 5277 untuk menjadualkan lawatan atau bertanya sebarang soalan mengenai pilihan rawatan atau harga dialisis kami!