Polisi Privasi DaVita Malaysia 

Polisi Privasi ini adalah sebahagian daripada Terma-Terma Penggunaan berkaitan dengan penggunaan laman web Davita (“Laman web Davita”). Ia menjelaskan bagaimana kami mengumpul, memproses dan/atau menggunakan data peribadi di laman web ini. Polisi ini menerangkan bagaimana DaVita Malaysia mengumpul dan memproses maklumat peribadi selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”). Maklumat peribadi anda adalah penting bagi kami kerana kami faham bahawa keadaan kesihatan anda merupakan sesuatu yang peribadi yang kurang senang untuk dikongsi bersama orang luar atau orang yang tidak dikenali, dan kami mahu anda berasa selesa ketika anda melayari laman web kami dan menggunakan perkhidmatan kami. Polisi Privasi ini akan menerangkan kepada anda bagaimana kami mengumpul maklumat peribadi anda di laman web dan bagaimana kami mengendalikannya. Harap maklum bahawa mungkin ada perubahan yang dibuat dari semasa ke semasa dalam Notis Privasi ini tanpa memaklum dengan awal dan adalah tanggungjawab anda untuk meneliti Notis Privasi ketika menggunakan laman web ini. Dengan terus menggunakan laman web ini, anda menyetujui sebarang perubahan pada polisi atau syarat penggunaan kami.

Apakah yang Dimaksudkan dengan Data Peribadi?

Data peribadi bermaksud apa-apa maklumat yang berkaitan dengan orang hidup yang dikenal pasti atau dikenali; orang hidup yang dapat dikenal pasti adalah orang yang dapat dikenali, secara langsung atau tidak langsung, khususnya dengan merujuk kepada pengecam seperti nama, nombor pengenalan, data lokasi, pengecam dalam talian atau kepada satu atau lebih faktor khusus untuk fizikal, fisiologi, identiti genetik, mental, ekonomi, budaya atau sosial orang itu dan dinyatakan lebih lanjut dalam Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010

Kami mungkin mengumpulkan segala maklumat yang anda berikan kepada kami yang membolehkan kami menghubungi anda, seperti nama, alamat pos, alamat e-mel atau nombor telefon anda melalui laman web kami  

Pengumpulan Maklumat Peribadi Anda & Bagaimana Kami Mengendalikannya

Kami hanya mengambil maklumat peribadi anda seperti nama dan alamat e-mel anda apabila anda menyerahkan maklumat berkenaan ketika anda berhubung dengan kami untuk mendapatkan maklum balas. Kami akan memproses data peribadi anda untuk memberi maklum balas berkaitan dengan pertanyaan anda agar kami dapat memberi perkhidmatan yang bersesuaian dengan situasi yang telah anda jelaskan kepada kami. Pemprosesan data ini adalah berPolisikan kebenaran yang telah anda beri pada peringkat awal sebelum anda mengajukan soalan kepada kami, atau sekiranya maklumat peribadi anda diperlukan bagi mematuhi proses undang-undang atau jikalau ianya berada di dalam bidangkuasa kami, asalkan ianya tidak melanggar hak privasi anda. 

Terdapat juga situasi di mana pemprosesan data anda adalah perlu untuk menjaga kepentingan kami di dalam memastikan maklumat teknologi dan maklumat keselamatan (termasuklah memantau surat-menyurat dan aktiviti pekerja-pekerja syarikat), pengurusan risiko dan kawalan dalaman syarikat dan Kumpulan DaVita, adalah terjamin di samping untuk mempertahankan sebarang tuntutan terhadap Syarikat, sekiranya ada.

Data peribadi anda akan disimpan sepanjang tempoh komunikasi atau sepanjang tempoh perlakuan yang bermula daripada hasil komunikasi (seperti penyempurnaan kontrak, penganjuran acara) anda terhadap kami. Selain daripada itu, penyimpanan data juga adalah berPolisikan tempoh yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

Data peribadi anda pada polisinya diberi secara sukarela dan bukan berPolisikan kontrak atau keperluan undang-undang (kecuali untuk data yang diperlukan untuk memenuhi keperluan kontrak atau kerana keperluan undang-undang). Terdapat juga keadaan di mana data peribadi anda diperlukan untuk memenuhi tujuan kepentingan Syarikat seperti yang telah dinyatakan.

Maklumat peribadi anda tidak akan digunakan untuk tujuan menganalisa peribadi anda sama ada secara automatik mahupun secara manual.

Pembekal Perkhidmatan, Orang yang Membayar & Rakan Pengiklanan 

Sekiranya anda adalah salah seorang daripada pembekal perkhidmatan, pembayar atau rakan pengiklanan kami – untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan pemprosesan data peribadi anda selain daripada komunikasi elektronik, sila rujuk kepada Polisi privasi di laman web kami yang terdapat di sini.

Calon Temuduga

Sekiranya anda memohon untuk bekerja di DaVita, kami dikehendaki mematuhi undang-undang yang sedia ada. Sekiranya anda ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai bagaimana data anda diproses, sila hubungi: Perkhidmatan Pelanggan di DaVita careers.malaysia@davita.com

Penggunaan Laman web Kami

Sekiranya anda melayari laman web kami bertujuan untuk mendapatkan maklumat, walaupun anda tidak memberi kami maklumat peribadi anda, kami tetap akan memperolehi data peribadi anda secara automatik. Sebagai contoh, setiap kali anda melawat laman web kami, pelayar anda akan secara automatik menghantar alamat IP komputer anda. Tanpa alamat IP adalah mustahil untuk melayari Laman web apatah lagi untuk masuk ke laman web kami. Tambahan pula, kami dan/atau pihak ketiga yang berkhidmat dengan kami, menggunakan teknologi cookies dan pixel, yang mempunyai fungsi yang berlainan dan boleh mengesan alamat IP anda, arah tuju anda ke laman web dan juga  tarikh anda melayari laman web kami. Penerangan dengan terperinci mengenai fungsi ini akan kami bentangkan di bawah termasuk bagaimana anda boleh “Urus Cookies” di bahagian bawah laman web kami.

Kami hanya menggunakan pengumpulan maklumat secara automatik agar laman web kami berfungsi dengan lebih lancar dan secara tidak langsung dapat memberi perkhidmatan yang lancar kepada anda di samping dapat memastikan laman web kami berada di dalam keadaan yang stabil dan selamat.

Kami memerlukan data peribadi yang dikumpulkan secara automatik untuk penyediaan laman web kami yang berkesan, dan juga untuk kepentingan sah kami dalam memastikan kestabilan dan keselamatan laman web.

Pemindahan kepada Pihak Ketiga

Kami hanya memindahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga berPolisikan tujuan-tujuan yang berikut sahaja:
 
Pihak ketiga yang berkemungkinan kami kongsi maklumat peribadi anda, sekiranya perlu, adalah:
 

  • Mana-mana ahli kumpulan syarikat kami, syarikat induk kami dan anak-anak syarikat kami, yang membantu kami di dalam memproses data peribadi anda di bawah Polisi ini. 
  • Pihak ketiga yang lain termasuk:
    • Rakan niaga kami, pelanggan kami, pembekal kami dan kontraktor kami yang berkhidmat bersama kami atau lain-lain hal yang berkaitan dengan urusan perniagaan kami; dan
    • Juru audit kami, penasihat undang-undang kami atau pembekal perkhidmatan yang berkaitan dengan perniagaan kami
  • Yang berkaitan dengan maklumat yang didapati melalui laman web kami, ahli-ahli analisis dan pembekal enjin carian yang membantu memperbaiki dan mengoptimumkan laman web kami namun terhad kepada bahagian cookies yang tertera di dalam Polisi ini.

Lain-lain pendedahan yang mungkin kami lakukan

Kami akan memberi maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga:

  • Sekiranya kami menjual atau membeli aset atau perniagaan, yang mana kami akan berkongsi maklumat peribadi anda kepada bakal pembeli atau penjual tetapi tertakluk kepada Polisi Privasi ini.
  • Sekiranya DaVita atau seluruh aset DaVita diambil alih oleh pihak ketiga, dan ini merangkumi data peribadi pelanggan DaVita.
  • Sekiranya kami bertanggungjawap dari segi undang-undang untuk berkongsi maklumat peribadi anda atau sekiranya kami perlu melaksanakan mana-mana terma yang terdapat di dalam perjanjian perkhidmatan atau mana-mana perjanjian dengan anda atau syarikat di bawah naungan anda; atau untuk melindungi hak, harta atau keselamatan DaVita, pelanggan kami atau lain-lain yang berkaitan. Ini merangkumi juga pertukaran maklumat dengan syarikat lain yang bertujuan untuk melindungi daripada jenayah penipuan atau jenayah siber.

Pemindahan kepada Negara Ketiga

Di dalam konteks yang disebut di atas, kami boleh juga memindahkan maklumat peribadi anda ke negara luar (termasuklah negara-negara bukan-EEA) yang mungkin mempunyai standard privasi yang berbeza daripada anda. Namun begitu, di dalam tindakan untuk memindahkan data peribadi anda, kami akan sentiasa berusaha agar maklumat anda dijamin selamat. Untuk pertanyaan lebih lanjut berkaitan hal ini, anda boleh menghubungi kami seperti yang tertera di bawah.

Pautan kepada Laman Web Pihak Ketiga

Laman web kami turut menyediakan pautan kepada laman web pihak ketiga. Dalam keadaan ini, kami tidak menjamin bahawa laman web pihak ketiga berkenaan menggunakan polisi yang sama seperti kami. Sekiranya anda melayari laman web pihak ketiga, Polisi Privasi ini tidak boleh digunapakai. Anda dinasihatkan agar membaca polisi privasi setiap laman web yang anda layari.

Tambahan pula, laman web kami turut menyediakan kandungan daripada pihak ketiga. Bagi membolehkan kami memaparkan kandungan berkenaan, adalah perlu, dari segi teknikal, agar alamat IP anda dipindahkan kepada pihak ketiga berkenaan. Kami akan cuba sedaya upaya kami untuk memastikan bahawa pihak ketiga berkenaan menggunakan alamat IP anda hanya untuk menghantar kandungan yang kami paparkan sahaja.  Namun begitu, kami tiada kuasa untuk menghalang pihak ketiga berkenaan menggunakan alamat IP anda untuk tujuan statistik. Sekiranya keadaan tersebut berlaku, kami akan memberitahu pengguna mengenainya.

Cookies dan Maklumat Lain yang Kami Kumpul

Kami menggunakan cookies agar anda dapat menggunakan laman web kami dengan lancar. Cookies merupakan fail-fail kecil yang disimpan di terminal anda oleh pelayar Laman web anda, untuk menjadikan laman web kami mengikut kesesuaian peribadi anda. Maklumat ini mungkin berkaitan dengan anda, pilihan utama anda, atau peranti yang anda guna dan segala maklumat ini digunakan agar laman web mengikut kesesuaian peribadi anda. Walaupun maklumat ini tidak semestinya menggambarkan keperibadian anda, namun ianya membantu memberi pengalaman yang lebih peribadi. Demi menghormati hak privasi anda, anda boleh memilih untuk menyekat mana-mana cookies. Tetapi, ini akan memberi impak terhadap pengalaman anda melayari laman web kami dan perkhidmatan yang kami tawarkan.

DaVita membenarkan pengguna untuk membuat pilihan mengenai pusat yang ingin mereka layari. Penggunaan cookies mungkin akan berubah mengikut laman web Davita yang anda layari. Kategori-kategori berikut merupakan antara cookies yang kami gunakan di laman web kami:

  • Cookies yang sangat diperlukan – cookies ini adalah perlu untuk laman web berfungsi dan tidak boleh dipadamkan daripada sistem kami.
  • Cookies perlaksanaan – cookies ini membolehkan kami melihat jumlah pengunjung di laman web kami dan mengenalpasti punca trafik agar kami boleh memperbaiki perlaksanaan laman web kami. 
  • Cookies fungsian – cookies ini membolehkan laman web berfungsi dengan lebih lancar dan tepat mengikut kesesuaian peribadi pengunjung. Ia mungkin telah ditetapkan oleh kami atau pihak ketiga yang mana perkhidmatan mereka telah kami masukkan ke dalam laman web kami. Sekiranya anda tidak membenarkan akses cookies ini, laman web kami tidak akan berfungsi sepenuhnya.
  • Cookies sasaran – cookies ini mungkin telah ditetapkan di laman web kami oleh rakan pengiklanan kami.
  • Cookies media sosial – cookies ini telah ditetapkan oleh perkhidmatan media sosial untuk memudahkan anda berkongsi laman web kami melalui sumber-sumber media sosial, bersama rakan-rakan dan rangkaian kerja anda. 

Cookies, bergantung pada tujuan akan disimpan untuk jangka waktu tertentu sebelum dihapus atau tamat tempoh secara automatik. Sebilangan besar pelayar internet juga memberikan arahan mengenai cara menyahaktifkan cookies pada peranti anda dan menawarkan panduan bagaimana menguruskan cookies di bahagian bantuan.

Cookies Pihak Ketiga

DaVita menggunakan cookies pihak ketiga – cookies ini mempunyai domain yang berlainan daripada domain laman web yang anda layari – dan boleh digunakan untuk tujuan pemasaran dan pengiklanan. DaVita turut menggunakan alatan perisian analisis seperti Google Analytics bagi membantu anda memahami laman web kami dengan lebih mudah. Anda boleh mematikan cookies sasaran tersebut dengan menggunakan pusat pilihan kami di bahagian ‘urus cookies’ yang terdapat di bahagian bawah laman web kami.

Bagaimana Kami Melindungi Maklumat Peribadi Anda

Kami menggunakan teknologi soket berlapis untuk melindungi maklumat peribadi anda apabila anda memberi maklumat anda menggunakan borang yang disediakan di laman web kami. Teknologi ini melindungi maklumat peribadi anda ketika maklumat ini disampaikan melalui Laman web daripada komputer anda kepada pelayan kami. Untuk melindungi persekitaran pelayan kami, kami menggunakan program pengurusan risiko dan amalan standard yang bersesuaian dengan industri ini bagi memastikan segala maklumat yang kami terima adalah selamat.

Di bawah undang-undang, anda berhak meminta salinan maklumat fizikal atau elektronik yang dimiliki oleh kami yang diperoleh daripada anda. Anda juga berhak untuk meminta maklumat mengenai sumber Data Peribadi anda. Oleh itu, anda boleh (i) meminta pelupusan, perubahan, pembetulan atau pindaan Data Peribadi anda; (ii) hadkan penggunaan dan pendedahan Data Peribadi anda; dan (iii) menarik balik persetujuan untuk data yang diproses.

Anda boleh menghubungi kami sekiranya anda ingin menggunakan hak ini di alamat e-mel berikut: 

Arjansingh.manjitsingh@davita.com

E-mel yang Anda Hantar Ke DaVita

Polisi Privasi ini turut merangkumi kandungan dan maklumat yang anda hantar melalui e-mel. Sila ambil perhatian bahawa laman web DaVita dan segala persoalan yang dihantar melalui e-mel adalah sekadar maklumat awam sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pakar. Anda dinasihatkan agar menghubungi pakar perubatan anda sekiranya anda perlu didiagnosis untuk rawatan atau sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut berkaitan dengan keadaan kesihatan anda.

Tempoh Waktu Simpanan

Melainkan seperti yang dinyatakan di dalam Polisi ini, kami akan menyimpan maklumat peribadi anda selama yang diperlukan dan/atau seperti yang tertera oleh undang-undang dan berPolisikan polisi dan jadual penyimpanan kami. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi kami melalui cara di bawah.

Bagaimana Untuk Menghubungi Kami Jikalau Terdapat Sebarang Persoalan dan Aduan

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkenaan dengan Polisi Privasi ini, atau sekiranya anda ingin membuat sebarang aduan mengenai pelanggaran hak privasi anda, anda boleh menghubungi kami melalui cara di bawah:-

Emel: Arjansingh.manjitsingh@davita.com

Surat-menyurat:  E-08-02, 3, 3A, 5 & 6, Menara Suezcap 2, KL Gateway, No 2, Jalan Kerinchi, Gerbang Kerinchi Lestari, 59200, Kuala Lumpur

Perubahan Terhadap Polisi Privasi Ini

Kami berhak untuk mengubah Polisi Privasi ini apabila kami mengemaskini laman web kami. Sila kembali ke laman web kami dari masa ke semasa untuk Polisi Privasi yang terkini. Polisi Privasi ini dikemaskini pada November 2020.