Apa yang dimaksudkan dengan dialisis

Ia merupakan rawatan untuk membuang lebihan cecair dan bahan kumuh, daripada darah. Secara ringkas, ia merupakan rawatan untuk membersihkan darah.

Sekiranya Saya Mempunyai Penyakit Buah Pinggang, Adakah Saya Perlu Dialisis?

Anda tidak memerlukan dialisis pada peringkat awal penyakit buah pinggang kronik (CKD). Namun, apabila buah pinggang anda telah tidak berfungsi, anda memerlukan dialisis atau pemindahan buah pinggang untuk terus hidup. Buah pinggang anda tidak akan berhenti berfungsi sekelip mata tetapi ia akan memakan masa bertahun melalui beberapa peringkat, sebelum anda betul-betul memerlukan dialisis.

Bilakah Saya Perlu Memulakan Dialisis?

Menurut panduan yang diberi oleh Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan, anda perlu memulakan rawatan dialisi apabila fungsi buah pinggang anda menurun ke kadar 15% ke bawah — atau sekiranya badan anda menunjukkan simtom-simtom penyakit yang disebabkan oleh kerosakan buah pinggang seperti sesak nafas, lesu, kekejangan otot, loya atau muntah. Pakar perubatan anda akan menentukan bila anda perlu memulakan rawatan dialisis berdasarkan simtom yang anda alami dan juga berdasarkan keputusan ujian darah yang menunjukkan peratusan fungsi buah pinggang anda.

Pihak insuran dan lain-lain badan kebajikan (seperti Jabatan Perkhidmatan Awam, SOCSO, dsb) boleh membantu membiayai perbelanjaan rawatan dialisis anda. Sekiranya anda tidak mengalami mana-mana simtom di atas, anda masih tidak memerlukan dialisis. Oleh kerana penyakit buah pinggang kronik ini seringkali berlaku tanpa disedari, anda kadangkala tidak sedar betapa anda memerlukan dialisis sehingga anda telah menjalani rawatan ini, dan berasa lebih bertenaga setelah menjalani rawatan anda.

Adalah penting untuk anda membuat persediaan awal untuk dialisis mahupun pemindahan buah pinggang—terutamanya apabila penyakit buah pinggang anda telah mencecah peringkat 4 atau 5. Mempelajari mengenai kepelbagaian jenis dialisis dan pemindahan buah pinggang dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat mengenai rawatan yang bakal anda hadapi. Setiap jenis dialisis akan memerlukan pembedahan, dan ini haruslah dilakukan terlebih dahulu supaya luka pembedahan boleh sembuh sebelum dialisis dimulakan.

Dialisis di Mana Sahaja – Walaupun Ketika Bercuti

DaVita turut menawarkan perkhidmatan dialisis untuk pelancong yang datang berkunjung ke Malaysia daripada negara luar. Namun begitu, perancangan awal adalah penting seperti memberitahu pusat di mana anda ingin memerlukan rawatan agar pusat tersebut mempunyai semua informasi tentang anda yang perlu mereka ketahui. Anda perlu mencari pusat rawatan yang berdekatan dengan destinasi tumpuan anda atau merancang perjalanan pelancongan anda berdekatan dengan pusat rawatan kami. Anda boleh menghubungi talian DaVitaLine untuk bantuan di 1-800-180-780. 

Pentauliahan MSQH hanya dianugerahkan apabila telah berjaya melalui beberapa proses dengan teliti dan menyeluruh seperti pemeriksaan di tempat kerja, aktiviti pendidikan dan juga penelitian dari segi kualiti, keselamatan dan perkhidmatan. Pusat rawatan ini dinilai bersama dengan lapan pusat rawatan yang lain termasuk: pengendalian; cara penjagaan; sumber manusia; rawatan hemodialisis; etika amalan dan hak pesakit dan keluarga; pengawalan dan pencegahan penyakit; kemudahan dan kelengkapan; dan aktiviti peningkatan kualiti. Pada masa ini kami mempunyai 8 pusat DaVita yang menerima anugerah MSQH iaitu: