Puding Fucuk Dan Tembikai Susu

Honey Dew and Fuchuk Pudding
Bahan-bahan
  • 1½ keping tauhu kering nipis (fucuk), dibilas, kemudian direndam dalam air selama 30 minit.
  • 3 sudu besar sagu, dibilas, kemudian direndam dalam air selama 30 minit.
  • 3 potongan memanjang tembikai susu, dipotong kecil.
  • 4-5 biji bebola tembikai susu, gunakan skup melon untuk mencedok isi buah dalam bentuk bebola.
  • 1 sudu besar gula perang.
  • 60ml atau ¼ cawan air.
Cara Penyediaan
  1. Didihkan air di dalam periuk dan masukkan fucuk. Setelah lembut, keluarkan fucuk dan ketepikan.
  2. Rebus sagu sehingga kelihatan jernih dan tuskan. Bilas dengan air, tus semula dan ketepikan.
  3. Kisar fucuk, ketulan tembikai susu dan gula perang bersama ¼ cawan air dalam mesin pengisar sehingga halus.
  4. Keluarkan bahan yang telah dikisar dan masukkan ke dalam mangkuk besar. Tambahkan sagu dan bebola tembikai susu ke dalam bahan kisar ini dan gaul rata.
  5. Cedok campuran ke dalam gelas hidangan. Sejukkan di dalam peti ais selama 30 minit sebelum dihidangkan. Enak dimakan ketika sejuk.