Spageti Sayur Goreng Thai

Thai Stir Fried Vegetable Spaghetti
Bahan-bahan
  • 250g spageti, kering
  • 2 sudu besar minyak sayuran
  • 5 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 3 biji saiz kecil bawang merah, dicincang
  • 1 biji saiz kecil cili padi, dicincang
  • 5-6 keping tauhu keras, dipotong dadu bersaiz 1 inci
  • 1 cawan lobak merah, diracik
  • 2 cawan sawi, dicincang
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1⁄2 tsudu kecil lada sulah
  • 5 tsudu kecil kacang tanah, dikisar
  • 3-4 helai daun ketumbar, sebagai hiasan
  • 1 hirisan limau nipis, sebagai hiasan
Cara Penyediaan
  1. Didihkan air yang secukupnya dalam periuk dan masukkan spageti. Rebus selama 8 minit atau sehingga al dente (kenyal dan boleh digigit). Tos spageti dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali tak melekat dan tumis bawang putih, bawang merah dan cili padi sehingga wangi.
  3. Tambahkan tauhu dan kacau selama 2 minit atau sehingga tauhu bertukar warna menjadi keperangan.
  4. Masukkan lobak merah dan sawi, kacau selama 1 minit.
  5. Masukkan spageti, sos ikan, sos tiram dan lada sulah. Balik-balikkan masakan menggunakan penyepit selama 2 minit atau sehingga semua bahan digaul sekata.
  6. Padamkan api dan tambahkan kacang tanah kisar, gaul rata. Pindahkan spageti ke atas pinggan.
  7. Hiaskan dengan daun ketumbar dan hirisan limau nipis. Hidangkan ketika panas.