Apa Itu Penyakit Buah Pinggang/Chronic Kidney Disease (CKD)?

Antara jenis penyakit buah pinggang yang sering berlaku adalah seperti berikut:

  • Penyakit buah pinggang kronik/chronic kidney disease (CKD)
  • Kecederaan buah pinggang acute

Definisi penyakit buah pinggang kronik (CKD) adalah apabila buah pinggang tidak lagi dapat membersihkan toksin dan bahan buangan daripada darah dan melaksanakan fungsinya dengan kapasiti penuh. Masalah buah pinggang ini boleh berlaku secara kemerosotan progresif atau berterusan dari semasa ke semasa. 

Terdapat juga kes kecederaan buah pinggang acute (dahulunya dikenali sebagai kegagalan buah pinggang acute) iaitu suatu kehilangan mendadak fungsi buah pinggang, biasanya dalam beberapa jam atau beberapa hari. Namun, ini agak jarang berlaku.

Kepentingan Mengetahui Tahap Penyakit Buah Pinggang

Mengetahui tahap penyakit buah pinggang anda adalah penting bagi menentukan pelan rawatan yang bersesuaian. CKD mempunyai lima peringkat, bermula daripada fungsi buah pinggang yang hampir normal (peringkat 1) sehinggalah terjadinya kegagalan buah pinggang atau sakit buah pinggang peringkat akhir atau end-stage kidney disease (ESKD). Pada peringkat 5 ini, buah pinggang hanya berfungsi di bawah 10–15 peratus daripada kapasiti normalnya.

Memahami apa itu sakit buah pinggang dan peringkat mana anda berada dapat membantu anda mengetahui cara menguruskan penyakit ini dengan sewajarnya. Dalam kebanyakan kes, ESKD hanya berlaku selepas bertahun-tahun pesakit tersebut telah hidup dengan penyakit buah pinggang. 

Walau apa pun keadaannya, jika anda telah didiagnosis dengan ESKD, anda perlu menerima dialisis atau pemindahan buah pinggang untuk mengekalkan kesihatan anda. Jika anda dan pakar nefrologi anda bersetuju untuk pemindahan buah pinggang, anda mungkin memerlukan dialisis sementara menunggu penderma buah pinggang yang sesuai. DaVita menawarkan banyak pilihan perkhidmatan yang sesuai dengan keadaan anda.

Memahami Buah Pinggang Anda Sebagai Cara Mencegah Sakit Buah Pinggang

Memahami cara buah pinggang berfungsi merupakan langkah pertama dalam mengawal tahap kesihatan buah pinggang anda. Mengikuti diet pemakanan yang sesuai untuk buah pinggang, tidak merokok, serta menjaga kondisi diabetes, hipertensi (tekanan darah tinggi) dan keadaan kesihatan yang lain boleh membantu buah pinggang anda berfungsi dengan lebih baik dan lebih lama, walaupun anda mengalami gejala penyakit buah pinggang. 

Buah pinggang anda memainkan peranan yang sangat penting dalam mengawal kesihatan anda secara keseluruhan. Ia membentuk sistem penapisan badan anda, membersihkan bahan buangan dan menghilangkan cecair yang berlebihan daripada badan anda, serta menghasilkan bahan-bahan kimia yang diperlukan untuk badan anda berfungsi. Apabila buah pinggang sakit, fungsi-fungsi penting ini akan terganggu.

holding-kidney.jpg

Bolehkah Anda atau Orang yang Anda Sayangi Berisiko dengan Punca Penyakit Buah Pinggang?

Antara punca sakit buah pinggang termasuklah:

  • Sakit kencing manis atau diabetes
  • Tekanan darah tinggi atau hipertensi
  • Penyakit kardiovaskular
  • Sejarah keluarga yang menghidap penyakit buah pinggang
  • Umur 55 tahun ke atas

Jika anda mungkin berisiko dengan faktor sakit buah pinggang di atas, pertimbangkan untuk menjadualkan pemeriksaan buah pinggang dengan pengamal perubatan anda sebagai permulaan untuk pemeriksaan yang lebih lanjut.

Biar DaVita membantu anda jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai gejala sakit buah pinggang.

placed-wood-background.png

Learn More About

Kidney Disease Symptoms & Diagnosis
Kehidupan dengan Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD)
Gejala & Diagnosis Penyakit Buah Pinggang
Assessing Your Risk of Chronic Kidney Disease
Kehidupan dengan Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD)
Menilai Risiko Anda Mendapat Penyakit Buah Pinggang