DaVita Malaysia Telah Melantik Ketua Perubatan Yang Baru

Dr. Tan Li Ping akan mengetuai unit penjagaan klinikal di lebih 40 buah cawangan DaVita di seluruh negara.

KUALA LUMPUR, 01 December 2021 - DaVita Malaysia Sdn. Bhd. telah melantik Dr. Tan Li Ping sebagai Ketua Pegawai Perubatan (CMO) bermula daripada 1hb Disember, 2021. Dr Tan mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman di dalam bidang akademik dan klinikal antarabangsa. Berdasarkan pengalaman beliau yang lama di dalam bidang perubatan ini, Dr. Tan dapat membantu memajukan lagi DaVita yang dianggap sebagai pengemudi industri di dalam bidang penjagaan buah pinggang.

“Dr. Tan telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang yang dinamik dan mempunyai semangat yang waja sepanjang perjalanan beliau sebagai seorang doktor. Pencapaian beliau di dalam bidang akademik mahupun klinikal merupakan sesuatu yang diperlukan oleh DaVita untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian kualiti klinikal DaVita tanpa mengurangkan perhatian terhadap penjagaan kesihatan dan kualiti kehidupan para pesakit DaVita,” ujar Matt Williams, CEO kepada DaVita Malaysia.

Sejajar dengan peranan Dr. Tan sebagai CMO, Dr. Tan akan mengawasi dan memantau unit penjagaan klinikal bagi lebih 2,000 pesakit DaVita di lebih kurang 40 cawangan klinik DaVita. Selain daripada membantu DaVita mengembangkan sayap rangkaiannya, Dr. Tan akan turut membantu DaVita di dalam usaha untuk mengurangkan penularan Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD), membantu membangunkan perkhidmatan akut yang berlandaskan hospital (hospital-based acute service), membantu di dalam bidang perkhidmatan Peritoneal Dialysis (PD), memajukan program penyelidikan klinikal DaVita dan juga membantu di dalam hal-hal pemindahan pesakit.

“DaVita telahpun memberi perkhidmatan penjagaan buah pinggang kepada beribu-ribu pesakit di serata dunia. Di bawah pucuk pimpinan Dr. Tan, kami teruja untuk terus memberi perkhidmatan yang lebih baik di Malaysia di dalam bidang penjagaan buah pinggang disamping menyerapkan penerimaan inovasi global,” tambah Matt Williams.

Sebelum menerima tawaran daripada DaVita ini, Dr. Tan berkhidmat di Ramsay Sime Darby Health Care sebagai Pakar Perunding Nefrologi, Pengarah Perkhidmatan Dialisis dan juga ahli kepada Lembaga Penasihat Kesihatan. Antara jawatan yang pernah dipikul oleh Dr. Tan sebelum ini termasuklah sebagai Pengarah Perubatan, Ketua Jabatan Perubatan Dalaman di Oriental Melaka Straits Medical Centre. Beliau turut mempunyai pengalaman yang meluas di dalam bidang penyelidikan, penyemak penerbitan oleh rakan sebidang dan juga mempunyai kelayakan akademi yang telah membantu beliau menerima anugerah pengiktirafan yang berprestij di US, Kanada dan juga di Malaysia.