Program ‘Iron Outreach

Program Iron Outreach adalah salah satu inisiatif CSR DaVita Malaysia untuk membantu pesakit yang kurang bernasib baik. Program ‘Iron Outreach’ DaVita Malaysia bertujuan untuk memberi bantuan kewangan kepada pesakit yang mengalami kesukaran untuk membeli suntikan zat besi. Sebanyak 287 pesakit telah berjaya menyertai program ‘Iron Outreach’ pada tahun lalu dari November 2020 hingga January 2021 Sehingga 10 dos suntikan zat besi diberikan kepada pesakit yang mempunyai Hemoglobin (Hb) kurang dari 10g/dL dan TSAT di bawah 30%. Berdasarkan program ‘Iron Outreach’, kami mendapati bahawa pengambilan suntikan zat besi dapat meningkatkan tahap TSAT dan Hb.

DaVita adalah penyedia penjagaan buah pinggang terkemuka di Malaysia. Kami berusaha untuk terus meningkatkan perkhidmatan kami untuk pengalaman pesakit yang lebih baik. Kami komited untuk memastikan bahawa rawatan dan perkhidmatan berkualiti terbaik diberikan kepada pesakit kami, dan kami menitikberatkan amalan perubatan terbaik untuk hasil klinikal yang lebih baik. Kami percaya inisiatif ini akan bermanfaat untuk ramai pesakit yang mengalami masalah kewangan, terutama ketika pandemik COVID-19 yang sukar ini di mana ramai yang kehilangan sumber pendapatan mereka dan tidak dapat menjalani rawatan dialisis.