#OhMyGinjal
#OhMyGinjal (#OMG) adalah Kempen Kesedaran Penyakit Buah Pinggang, dan merupakan salah satu komitmen utama yang dipertanggungjawabkan kepada DaVita Malaysia. Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran terhadap penyakit buah pinggang; iaitu salah satu penyakit merbahaya yang kurang diberi pendedahan di Malaysia, dan kepentingan diagnosis awal untuk mereka yang berisiko tinggi. Kempen #OMG ini dijalankan secara atas talian dan juga secara nyata, merangkumi pelbagai aktiviti menarik (dan berbentuk pembelajaran) untuk memberi informasi kepada masyarakat umum mengenai perkembangan baharu dan panduan kesihatan berkaitan dengan penyakit buah pinggan – rawatan dan cara pencegahan termasuk juga panduan mengenai kesihatan buah pinggang.
Penyakit buah pinggang seringkali dianggap sebagai ‘pembunuh di dalam diam’ kerana pesakit tidak sedar akan pengurangan fungsi buah pinggang mereka sehingga sudah terlambat. Sejak 10 tahun kebelakangan ini, penerimaan dan kekerapan bilangan pesakit hemodialisis telah bertambah dua kali ganda. Oleh itu, Malaysia perlu bertindak pantas di dalam menangani Penyakit Buah Pinggang Kronik/ Chronic Kidney Disease (CKD) dan Peringkat Akhir Penyakit Buah Pinggang/End Stage Renal Disease (ESRD).
Menyedari keperluan untuk menyedarkan masyarakat umum mengenai CKD dengan segera, DaVita telah mengambil beberapa inisiatif yang berunsur pendidikan, di dalam usaha untuk membantu menangani atau sekurang-kurangnya menurunkan graf peningkatan penyakit ini.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah dengan mengadakan jerayawara bertemakan ‘Healthy Beans’. Jerayawara ini bertujuan untuk menyebarkan kesedaran mengenai penyakit buah pinggang dan kepentingan untuk mengamalkan cara hidup yang sihat.
Apa yang Boleh Dipelajari Melalui Kempen ‘Healthy Beans’
Teammate DaVita yang bertugas semasa kempen ‘Healthy Beans’ akan menerangkan kepada anda dengan lebih mendalam mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan risiko, punca dan kesan CKD. Anda juga boleh menjalani pemeriksaan kesihatan untuk melihat sama ada anda mempunyai risiko mengidap CKD.
Bagi individu yang mempunyai CKD atau yang memerlukan hemodialisis, anda boleh mendapat nasihat daripada teammate DaVita tentang cara bagaimana untuk mengoptimumkan kualiti kehidupan anda. Sungguhpun DaVita terkenal dengan perkhidmatan rawatan dialisis, DaVita turut menyediakan perkhidmatan secara menyeluruh kepada para pesakit kami. Antara perkhidmatan yang turut ditawarkan termasuklah:
- Penilaian risiko penyakit buah pinggang
- Ujian darah
- Kaunseling
Program ‘The DaVita Health Coach’ adalah satu program kesihatan yang dianjurkan untuk komuniti setempat bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai Penyakit Buah Pinggang Kronik/Chronic Kidney Disease (CKD). Program ini terbuka untuk semua individu yang menghidapi CKD, atau individu yang menjaga pesakit CKD. Program ini akan berlangsung selama 90 minit untuk setiap sesi yang dikendalikan oleh pakar nefrologi daripada pasukan klinikal DaVita. Setiap sesi adalah percuma, tidak kira dari mana pesakit itu mendapat rawatan.
DaVita berharap dengan adanya program ‘Health Coach’ ini, kesedaran terhadap CKD akan bertambah dan dapat membantu pesakit CKD dan orang tersayang mengharungi kehidupan yang lebih berkualiti, sejajar dengan pendekatan holistic yang ditawarkan oleh DaVita.
Pasukan klinikal DaVita terdiri daripada mereka yang pakar di dalam pengurusan berkaitan dengan CKD dan mempunyai pelbagai strategi untuk memperbaiki kualiti kehidupan pesakit CKD. Peserta program ini akan mendapat pandangan yang lebih jelas mengenai cara untuk menjalani kehidupan yang berkualiti walaupun terpaksa berhadapan dengan CKD.
Antara topik yang dibentangkan adalah:
- Mempelajari kunci utama punca penyakit buah pinggang
- Bagaimana untuk melambatkan penularan CKD dan Peringkat Akhir Penyakit Buah Pinggang/End Stage Renal Disease (ESRD)
- Pengurusan makanan – memilih makanan yang sihat untuk kesihatan buah pinggang dan CKD
- Pilihan rawatan
- Membentuk pelan tindakan bagi menjalani kehidupan yang berkualiti
Semasa sesi dijalankan, pasukan DaVita akan turut berada di kios maklumat berhampiran agar orang awam dapat menjalani pemeriksaan kesihatan untuk melihat sama ada mereka berisiko untuk menghidapi CKD.
Corporate Social Responsibility (CSR)
Memandangkan kos rawatan dialisis adalah agak mencabar, kami telah memperkenalkan program ‘Adopt-A-Patient’. Program ini bertujuan untuk membantu pesakit yang kurang berkemampuan, agar mereka dapat menjalani rawatan dialisis. Melalui program ini, kami berhasrat untuk membantu 300 orang pesakit yang mempunyai masalah kewangan.