Perkembangan Kerjaya
Sejak dekad yang lalu, kami telah berjaya menjadi satu syarikat dialisis yang terkenal di mata dunia, dan kini kami berazam untuk membentuk satu komuniti penjagaan kesihatan yang akan dikenali di serata dunia pada dekad yang akan datang. Apabila anda menyertai DaVita Village, anda telah menyertai satu pasukan yang terdorong untuk mencapai kemenangan. Melalui semangat komitmen kami terhadap latihan, perkembangan dan kualiti, kami sentiasa berjaya mencapai hasil klinikal secara konsisten sambil memberi peluang kepada ahli pasukan untuk berjaya dengan cemerlang di dalam persekitaran yang membolehkan para ahli untuk berkembang maju dari segi kerjaya mahupun untuk diri sendiri.
Antara perkara yang menanti anda apabila anda menyertai kami adalah:

Satu budaya yang berteraskan Core Values (Nilai Utama). Moto kami adalah “community first, company second”

Sistem pendidikan yang diiktiraf dan latihan di dalam pelbagai bidang pekerjaan untuk membantu anda mencapai potensi diri anda.

Anugerah yang diberi berdasarkan penilaian prestasi anda yang dinilai secara individu dan juga sumbangan anda secara berkumpulan

Pakej kemudahan yang menyeluruh yang dibentuk untuk menambahnilai terhadap kesihatan anda, keadaan kewangan anda dan juga masa hadapan anda

Semangat dedikasi anda terhadap penjagaan pesakit kami

Menyertai satu pasukan yang tanpa mengenal jemu di dalam usaha untuk menjadikan DaVita sebagai satu pusat penjagaan kesihatan yang terbaik di dunia