Lada Benggala Sumbat Ikan

Lada Benggala Sumbat Ikan
  • 2 keping ikan tenggiri – diambil isi & diramas
  • 2 biji lada benggala – dipotong dua & dibuang empulur
     
  • 3 ulas bawang putih*
  • 4 biji bawang merah*
  • 1 inci halia*
  • 1 batang saderi*
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam
  • ¼ sudu teh garam
     
  • ½ cawan santan cair

* Dicincang

  1. Campur isi ikan dengan bahan A. Gaul sebati.
  2. Kaupkan isi ikan ke dalam lada benggala.
  3. Masukkan lada benggala ke dalam periuk dan tuang santan ke dalamnya.
  4. Reneh selama 10 minit.
  5. Angkat dan hidangkan.