Acar Timun Nanas
Bahan-bahan
- 1½ cawan timun, empulur timun (bijinya) dibuang. Timun dimayang bersama kulitnya.
- 1 potong nanas berdiameter 1.5cm x 9cm, dibuang kulit dan dipotong dadu
- 1 cawan bawang merah, dimayang
- 3 biji cili merah, dibuang biji dan dimayang
- 5 sudu besar jus limau nipis
- 1 sudu besar gula
- ¼ sudu kecil garam (jika perlu)
Cara Penyediaan
- Gaul semua sayuran (timun, nanas, bawang merah dan cili merah) dalam mangkuk sederhana.
- Tambahkan jus limau nipis dan gula, kacau rata.
- Tutup dengan plastik dan perap di dalam peti ais semalaman sebelum dihidangkan.
- Acar boleh diperisakan dengan garam dalam setiap sajian individu (jika mahu) ketika waktu makan.