Puding Tofu Buah-Buahan

Fruit Tofu Pudding
Bahan-bahan
  • 100g atau ⅓ paket tauhu lembut, dituskan
  • Isi mangga, diracik, dibuang kulit
  • ½ sudu besar madu
  • 2 sudu besar isi mangga, dibuang kulitnya dipotong dadu bersaiz 1cm x 1cm
  • 2 sudu besar buah naga, dipotong dadu bersaiz 1cm x 1cm
  • 1 biji buah strawberi, dipotong dadu bersaiz 1cm x 1cm
Cara Penyediaan
  1. Kisar tauhu lembut, cebisan isi mangga dan madu di dalam mesin pengisar sehingga halus.
  2. Tuang ke dalam gelas hidangan dan hiaskan dengan potongan dadu mangga, buah naga dan buah strawberi.
  3. Sejukkan di dalam peti ais selama 30 minit sebelum dihidangkan. Enak dimakan ketika sejuk.