Puding Fucuk Dan Tembikai Susu
Bahan-bahan
- 1½ keping tauhu kering nipis (fucuk), dibilas, kemudian direndam dalam air selama 30 minit.
- 3 sudu besar sagu, dibilas, kemudian direndam dalam air selama 30 minit.
- 3 potongan memanjang tembikai susu, dipotong kecil.
- 4-5 biji bebola tembikai susu, gunakan skup melon untuk mencedok isi buah dalam bentuk bebola.
- 1 sudu besar gula perang.
- 60ml atau ¼ cawan air.
Cara Penyediaan
- Didihkan air di dalam periuk dan masukkan fucuk. Setelah lembut, keluarkan fucuk dan ketepikan.
- Rebus sagu sehingga kelihatan jernih dan tuskan. Bilas dengan air, tus semula dan ketepikan.
- Kisar fucuk, ketulan tembikai susu dan gula perang bersama ¼ cawan air dalam mesin pengisar sehingga halus.
- Keluarkan bahan yang telah dikisar dan masukkan ke dalam mangkuk besar. Tambahkan sagu dan bebola tembikai susu ke dalam bahan kisar ini dan gaul rata.
- Cedok campuran ke dalam gelas hidangan. Sejukkan di dalam peti ais selama 30 minit sebelum dihidangkan. Enak dimakan ketika sejuk.