Idli & Tomato Chutney
Bahan-bahan
Bahan-bahan Idli
- 1 ½ cawan beras*
- ½ cawan kacang ulunthu*
- ¼ sudu teh yis
- ¼ sudu teh garam
- Sedikit air
* Direndam berasingan selama 5 jam
Bahan-bahan Tomato Chutney A
- 1 biji bawang besar - dicincang
- ½ sudu teh biji sawi
- 3 tangkai daun kari*
- 2 tangkai biji cili kering*
* Direndam berasingan selama 5 jam
Bahan-bahan Tomato Chutney B
- 6 biji tomato – dikisar
- ¼ sudu teh garam
Cara Penyediaan
Cara Penyediaan Idli
- Kisar kasar beras dengan hanya sedikit air. Ketepikan.
- Kisar kasar kacang ulunthu dengan hanya sedikit air. Ketepikan.
- Campurkan semua bahan idli, kacau rata dan perap bancuhan idli semalaman di tempat yang suam dalam bekas bersaiz 2 kali ganda jumlah bancuhan.
- Ceduk satu senduk bancuhan ke dalam periuk idli.
- Kukus selama 20 minit.
- Keluarkan idli dengan pisau dan hidangkan bersama tomato chutney. Griskan dengan ¼ sudu teh minyak sapi jika perlu untuk mengelakkan idli melekat pada periuk.
Cara Penyediaan
- Panaskan minyak.
- Tumis Bahan A hingga naik bau.
- Masukkan tomato.
- Reneh dengan api kecil selama 20 minit hingga pekat.
- Perisakan dengan garam.
- Makan bersama idli.