Nasi Goreng Kerabu

Nasi Goreng Kerabu
  • 6 sudu makan minyak masak
  • ½ biji bawang besar *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 biji cili padi *
  • ½ kuntum bunga kantan *
  • 1 batang serai *
  • 2 helai limau purut *
  • 1 cawan kacang buncis *
  • 6 cawan nasi – dimasak dengan pewarna biru
  • ½ sudu teh garam
  • ½ sudu teh lada putih
  • ½ biji timun – dipotong halus
  • 1 cawan kobis – dihiris nipis

* Dihiris nipis
 

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bawang & cili sehingga naik bau.
  3. Masukkan bunga kantan, serai & daun limau purut diikuti kacang buncis. Kacau sebentar.
  4. Masukkan nasi dan gaul rata.
  5. Perisakan dengan garam dan lada putih.
  6. Hidangkan dengan timun & kobis.