Ayam Kung Pao

Ayam Kung Pao
  • ½ cawan minyak* 
  • 2 ketul ayam – dipotong 8* 
  • 1 sudu teh sos tiram* 
  • 2 sudu teh tepung jagung
  • 3 sudu makan gajus - dipanggang
  • ½ biji lada benggala merah* *
  • ½ biji lada benggala hijau* *
     
  • 2 sudu makan minyak#
  • 2 sudu makan minyak bijan#
  • 2 ulas bawang putih##
  • 1 inci halia##
  • 4 tangkai cili kering
     
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 1 sudu teh kicap manis
  • 1 sudu teh sos cili bawang putih
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam

* Diperap bersama selama 30 minit ** Dihiris memanjang # Dicampur bersama ##Dicincang

  1. Panaskan minyak. Goreng ayam hingga agak kekuningan. Angkat dan toskan.
  2. Menggunakan kuali lain, panaskan campuran minyak.
  3. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.
  4. Masukkan cili kering, tumis hingga sedikit garing.
  5. Masukkan tepung jagung dan kacau rata.
  6. Masukkan semua bahan sos lain. Masak hingga sedikit pekat dan naik bau.
  7. Masukkan isi ayam dan gaul rata selama 5 minit.
  8. Akhir sekali, masukkan gajus dan lada benggala. Kacau rata.
  9. Sedia untuk dihidang.