Pulut Mangga

Pulut Mangga
  • 1 cawan beras pulut
  • 5 helai daun pandan
  • 1½ cawan santan car
  • 5 sudu makan gula
  • ½ sudu teh garam
  • 5 sudu makan tepung jagung*
  • 2 sudu makan tepung beras*
  • 1 biji manga

* Dicampur bersama
 

  • Masukkan beras pulut dan daun pandan ke dalam loyang. Tambah air separas pulut.
  • Kukus hingga masak dengan api sederhana. Kacau sekali sekala. Ketepikan.
  • Dalam periuk berasingan panaskan santan dengan api sederhana.
  • Kacau hingga hampir naik minyak.
  • Masukkan 4 sudu makan gula. Kacau hingga larut.
  • Asingkan ¾ cawan santan dan tambahkan baki gula dan ¼ sudu teh garam. Kacau rata.
  • Tuangkan santan sedikit demi sedikit ke dalam pulut ketika pulut masih panas. Gaul rata.
  • Panaskan baki santan dengan api sederhana.
  • Tambahkan tepung untuk memekatkan santan.
  • Perisakan dengan ¼ sudu teh garam. Gaul rata.
     
  • Makan pulut bersama kuah santan dan hirisan mangga.