Paceri Nenas

Paceri Nenas
  • ½ sudu teh serbuk kunyit
  • ½ biji nenas (madu, Morris atau Sarawak) – Dibelah 4. Dibuang empulur & hiris setebal ½ inci
  • 1 sudu makan rempah kari ikan
  • 2 sudu teh minyak
  • ½ sudu makan cili kisar
  • 1 sudu teh pes asam jawa
  • ½ cawan santan cair
  • 2 sudu makan kerisik
  • 2 biji cili merah* 
  • 2 biji cili hijau*
  • ¼ sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu makan gula perang
     
  • 6 biji bawang merah**
  • 2 ulas bawang putih**
  • ½ inci halia**
  • 1 sudu teh udang kering – direndam selama 15 minit dan ditoskan**
  • ½ inci kunyit hidup
  • 2 biji buah keras – dihiris
     
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelage

* Dibelah dua tanpa putus. Direndamkan ke dalam air
** Dikisar halus dengan ½ cawan air
 

  1. Didihkan air. Masukkan serbuk kunyit & rebus nenas selama 5 minit. Toskan.
  2. Campurkan rempah kari dengan bahan kisar hingga menjadi pes rempah. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak. Tumiskan cili kisar dan bahan tumis hingga naik bau
  4. Gunakan api kecil dan kacau selalu. Tambahkan pes asam jawa, kacau rata.
  5. Tuangkan santan dan masukkan kerisik, kacau rata dan biarkan hingga mendidih.
  6. Masukkan nenas, cili merah dan hijau.
  7. Kacau rata hingga kuah menjadi pekat.
  8. Perisakan dengan garam dan gula.
  9. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.