Pencuci Mulut Telur Berlabu

Pumpkin Egg Dessert
Bahan-bahan
  • 1 biji telur
  • ½ cawan labu, dipotong dadu
  • 1 sudu besar gula perang, asingkan kepada dua bahagian, ½ untuk campuran labu, dan ½ untuk potongan nanas
  • ¼ sudu kecil serbuk kayu manis
  • 2 keping nanas dalam tin (dipotong bulat dalam sirap pekat), dituskan sirapnya
Cara Penyediaan
  1. Didihkan air dalam periuk dan masukkan telur. Rebus selama 8-10 minit.
  2. Keluarkan telur menggunakan senduk lubang. Kupas kulit telur dengan berhati-hati di bawah aliran air sejuk (jika telur masih panas).
  3. Telur dibelah dua dan keluarkan kuning telurnya. Ketepikan.
  4. Kukus labu yang telah dipotong dadu selama 10 minit sehingga lembut dan gebu (gunakan periuk yang sama).
  5. Lenyek labu menggunakan garpu sehingga menjadi puri.
  6. Tambahkan serbuk kayu manis labu dan separuh gula perang ke dalam puri labu. Kacau sekata.
  7. Isikan ruang tengah telur rebus dengan campuran labu dan ketepikan.
  8. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C selama 10 minit.
  9. Sementara menunggu, letakkan kedua-dua gegelang nanas di atas dulang pembakar dan taburkan gula perang yang selebihnya pada permukaan atas nanas.
  10. Masukkan dulang pembakar bersama nanas ke dalam ketuhar dan bakar selama 3 minit atau sehingga permukaan nanas berwarna perang keemasan (gula akan cair menjadi karamel)
  11. Letakkan gegelang nanas itu di atas pinggan sajian dengan telur berisi labu di tengahnya. Hidangkan ketika masih panas.