Nasi Pilaf Pelangi

Nasi Pilaf Pelangi
  • 120 g / 1 keping daging dada ayam, dipotong dadu kecil
  • 1 cawan beras basmati, beras dicuci dan diketepikan
  • ½ cawan lobak merah, dipotong dadu kecil
  • ½ cawan lada benggala, dipotong dadu kecil
  • 1 biji ubi kentang saiz kecil, dipotong dadu kecil
  • 1 biji cili hijau, dibelah dua
  • 1 biji tomato saiz sederhana, dipotong dadu kecil
  • 1 biji bawang merah, dicincang
  • 5cm panjang halia, dimayang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2-3 biji buah pelaga
  • 2-3 kuntum bunga cengkih
  • 2 helai daun salam
  • 4 helai daun pudina
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 3 sudu desert minyak masak
  • 1½ cawan air (mineral / ditapis)
     
  1. Perap ayam bersama serbuk cili dan biarkan di dalam peti sejuk selama 10 minit.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang, halia dan semua rempah kering (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan daun salam) sehingga bawang menjadi lembut dan kekuningan.
  3. Masukkan potongan ayam. Kacau masakan sehingga ayam separa masak.
  4. Masukkan beras Basmati, lobak merah, lada benggala, ubi kentang, cili hijau, dan tomato. Gaul sehingga sekata.
  5. Pindahkan bahan gorengan ke dalam periuk nasi.
  6. Tambahkan air secukupnya dan masak nasi sehingga gebu dan tidak terlalu lembik.
  7. Hiaskan dengan daun pudina dan hidangkan ketika masih panas.