Sagu Gula Melaka

Sagu Gula Melaka
Bahan-bahan

Sagu

  • 4 cawan air
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • 1 cawan biji sagu – direndam dalam air selama 30 minit & ditoskan.

Bahan Kuah

  • ½ cawan susu cair

Bahan Manisan (Dicampur bersama)

  • 3 sudu makan gula merah
  • 3 sudu makan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun pandan – disimpul
Cara Penyediaan
  1. Didihkan air bersama daun pandan. Tambahkan pewarna jika perlu.
  2. Masukkan biji sagu, kacau dan masak hingga sagu bertukar jernih. Tutup api.
  3. Toskan sagu dan lalukan dibawah air mengalir untuk membuang kanji.
  4. Tuangkan ke dalam acuan. Sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.

Cara Penyediaan Manisan:

  1. Masakkan gula bersama air dan daun pandan hingga gula larut dan pekat. Tapiskan manisan, jika perlu.

Cara Menghidang

  1. Keluarkan sagu dari acuan.
  2. Curahkan manisan dan 3 sudu makan susu cair.