Pasta Goreng

Stir Fried Pasta
Bahan-bahan

Bahan-bahan A: Pasta

  • 1 ½ cawan pasta – direbus selama 10 minit
  • 1 ketul ayam – dicincang
  • ½ cawan air

Bahan-bahan B: Bahan Tumis

  • 2 sudu teh minyak
  • 5 biji bawang putih *
  • 5 biji bawang merah *
  • 4 sudu teh cili kisar
  • 1 tin (250 g) tomato puri

* Dicincang # Dipotong kiub

Cara Penyediaan
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar, kacau selama 3 minit diikuti tomato puri. Kacau rata.
  3. Masukan ketulan ayam, biar hingga ayam agak masak. Tambahkan air.
  4. Perisakan dengan garam dan gula.
  5. Masukkan bawang besar, lada benggala, dan tomato, kacau sehingga rata.
  6. Masukkan pasta, gaul sebati.
  7. Taburkan daun pasli.
  8. Angkat dan hidangkan.