Bebola Ikan Masak Masam Manis

Sweet and Sour Fish Balls
Bahan-bahan

Bahan-bahan Bebola Ikan

  • 2 ketul isi ikan tenggiri
  • 6 sudu makan air sejuk
  • 1 sudu kecil garam
  • ½ sudu kecil serbuk lada sulah
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil tepung ubi
  • ¼ sudu kecil soda bikarbonat

* Dikisar bersama

Bahan-bahan Sos

  • 1 sudu makan minyak masak
  • 1 senduk cili kering kisar
  • 1 biji bawang*
  • 3 ulas bawang putih*
  • ½ cawan air
  • 2 sudu makan gula perang
  • ½ sudu teh garam
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 biji tomato – dipotong kiub
Cara Penyediaan

Cara Penyediaan Bebola Ikan

  1. Kisar isi ikan bersama air, garam dan lada sulah hingga lumat.
  2. Masukkan tepung jagung, tepung ubi dan soda bikarbonat.
  3. Kisar hingga sebati dan kenyal.
  4. Basahkan tangan. Bulat-bulatkan sebatian tadi dalam saiz duit siling 20 sen.
  5. Didihkan air, masukkan bebola ikan. Angkat apabila bebola ikan timbul.

Cara Penyediaan Sos

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar sehingga garing.
  2. Apabila sudah garing, masukkan air. Biarkan mendidih.
  3. Tambahkan gula perang, garam dan sos. Kacau rata.
  4. Masukkan bebola ikan dan tomato. Biarkan ia mereneh seketika.
  5. Tutup api dan sedia dihidang.