Ayam Masak Thai Dengan Terung & Kacang Buncis

Thai Chicken with Brinjal & String Bean
Bahan-bahan
  • 2 sudu besar minyak sayuran
  • 1 biji saiz sederhana terung, dipotong dadu sebesar 1 inci
  • 3 cawan kacang buncis, dikerat menjadi potongan 1 inci panjang
  • 8 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 biji saiz kecil cili padi, dicincang
  • 300g atau 11/2 kepingan dada ayam saiz sederhana, dibuang kulit dan tulang, dipotong dadu sebesar 1 inci
Cara Penyediaan
  1. Panaskan separuh daripada minyak di dalam kuali leper tidak melekat.
  2. Goreng kilas terung bersama kacang buncis sehingga terung bertukar warna menjadi keperangan (lebih kurang 3 minit), kemudian angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan 1/2 lagi minyak dalam kuali yang sama dan tumis bawang putih bersama cili padi sehingga wangi.
  4. Masukkan dada ayam dan teruskan menumis selama 3 minit sehingga ayam separuh masak.
  5. Tambahkan terung dan kacang buncis diikuti sos tiram. Kacau selama 2 minit.
  6. Tambahkan cili merah dan daun selasih dan teruskan mengacau masakan selama 
  7. 2 minit.
  8. Dihidangkan bersama-sama 1 cawan nasi dan sebiji telur goreng mata sebagai sajian yang lengkap.