Spageti Sayur Goreng Thai

- 250g spageti, kering
- 2 sudu besar minyak sayuran
- 5 ulas bawang putih, dicincang halus
- 3 biji saiz kecil bawang merah, dicincang
- 1 biji saiz kecil cili padi, dicincang
- 5-6 keping tauhu keras, dipotong dadu bersaiz 1 inci
- 1 cawan lobak merah, diracik
- 2 cawan sawi, dicincang
- 1 sudu besar sos ikan
- 1 sudu besar sos tiram
- 1⁄2 tsudu kecil lada sulah
- 5 tsudu kecil kacang tanah, dikisar
- 3-4 helai daun ketumbar, sebagai hiasan
- 1 hirisan limau nipis, sebagai hiasan
- Didihkan air yang secukupnya dalam periuk dan masukkan spageti. Rebus selama 8 minit atau sehingga al dente (kenyal dan boleh digigit). Tos spageti dan ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali tak melekat dan tumis bawang putih, bawang merah dan cili padi sehingga wangi.
- Tambahkan tauhu dan kacau selama 2 minit atau sehingga tauhu bertukar warna menjadi keperangan.
- Masukkan lobak merah dan sawi, kacau selama 1 minit.
- Masukkan spageti, sos ikan, sos tiram dan lada sulah. Balik-balikkan masakan menggunakan penyepit selama 2 minit atau sehingga semua bahan digaul sekata.
- Padamkan api dan tambahkan kacang tanah kisar, gaul rata. Pindahkan spageti ke atas pinggan.
- Hiaskan dengan daun ketumbar dan hirisan limau nipis. Hidangkan ketika panas.