Buah pinggang berfungsi untuk membuang bahan kumuh dan cecair daripada darah. Oleh kerana dialisis tidak mengambil alih fungsi buah pinggang sepenuhnya, setiap pemakanan perlu diambil kira. Seksyen ini akan memberi penjelasan tentang aspek pemakanan yang harus anda beri perhatian.

  • Keperluan tubuh badan
    • Protein dan albumin
    • Fosforus
    • Potasium 
    • Sodium
    • Cecair
  • Senarai pembelian
  • Pemakanan untuk pesakit buah pinggang
  • Pemakanan semasa hari perayaan

Pelan pemakanan yang sihat perlu dipatuhi. Senarai di bawah ini boleh dijadikan sebagai panduan pemakanan asas. Tidak semua pesakit dialisis perlu mengikuti diet yang sama. Sekiranya anda tidak pasti, anda boleh bertanya kepada pakar nefrologi dan pasukan kesihatan anda. 

Shopping List

Senarai Pembelian

Pasukan kesihatan akan memberi pelan pemakanan untuk anda ikuti, bersama dengan kuantiti yang sesuai untuk keperluan badan anda. Luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk merancang pembelian anda bagi memastikan anda tidak tersasar daripada pelan pemakanan sihat anda. 

Panduan pembelian:

  • Ingat cadangan pasukan kesihatan anda dan jangan membeli-belah dalam keadaan lapar
  • Pastikan pembelian anda merangkumi lima keperluan asas pemakanan:
    • Karbohidrat
    • Buah-buahan & sayur-sayuran
    • Protein
    • Kekacang
    • Minyak & lemak 
  • Beli barang keperluan sahaja dan elakkan daripada terpedaya dengan iklan jualan istimewa
  • Beli barangan segar – kurangkan pembelian makanan di dalam tin/makanan segera
  • Sentiasa ambil perhatian mengenai informasi nutrisi
Eating For Diabetics

Pemakanan Untuk Pesakit Buah Pinggang

Oleh kerana badan akan menukarkan karbohidrat menjadi gula, anda harus mengawasi pengambilan karbohidrat. Terdapat beberapa peraturan yang harus diambil kira:

  • Makan sekurang-kurangnya 3 kali sehari, setiap 6 jam
  • Elakkan gula dan karbohidrat seperti manisan, coklat dan buah-buahan kering. Pilih karbohidrat kompleks seperti roti, nasi dan mihun
  • Bersenam setiap hari
  • Sentiasa bawa bersama glucometer
  • Pastikan kandungan gula dalam darah terkawal

Panduan ujian glucometer

  • Uji pada waktu pagi
  • Uji 20 minit sebelum makan
  • Uji 60-90 minit selepas makan untuk melihat tindakbalas gula terhadap badan anda
Eating on Special Occasions

Pemakanan Pada Musim Perayaan

Anda masih boleh menikmati makanan pada musim perayaan dengan berpada-pada. Beberapa idea untuk membantu anda menikmati pemakanan pada musim perayaan termasuk:

  • Kurangkan pengambilan daging lembu/kambing. Pilihan terbaik merupakan daging ayam yang direbus atau dibakar
  • Elakkan pemakanan yang tinggi kandungan potasium
  • Elakkan makan malam berlebihan dan jangan tidur sejurus selepas makan
  • Buat senaman ringan
  • Elakkan daripada makanan berlemak tinggi dan makanan masin
  • Awasi kadar fosforus, potassium dan sodium anda

Bincang dengan pasukan kesihatan anda mengenai makanan di musim perayaan. 

Pesakit haemodialisis dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor sebelum berpuasa. Pesakit yang mempunyai penyakit kronik seperti sakit buah pinggang, tekanan darah tinggi, sakit jantung, memerlukan nasihat doktor sebelum berpuasa bagi mengelakkan sebarang komplikasi yang membahayakan diri.