Mengira Kadar Penapisan Glomerular Anda

What's My Level?

Apa Tahap Saya?

Terdapat lima peringkat penyakit buah pinggang. Kadar penapisan glomerular anda (glomerular filtration rate atau GFR) - yang dianggap sebagai cara yang terbaik untuk mengukur fungsi  buah pinggang oleh profesional perubatan - membolehkan pakar penjagaan buah pinggang mengetahui tahap penyakit buah pinggang anda. Dengan memahaminya, anda dapat belajar bagaimana mengawal dan membuat perubahan pada tabiat gaya hidup tertentu agar dapat melambatkan penurunan fungsi buah pinggang anda. Anda memerlukan ujian darah yang mudah untuk menentukan tahap GFR. Guna alat Kalkulator GFR ini untuk membantu anda menentukan tahap penyakit buah pinggang yang anda alami ketika ini.

What Does Your GFR Decision Mean

Apa Maksud Keputusan GFR Anda

Fungsi buah pinggang yang sihat sepenuhnya diukur pada GFR sekitar 100, yang bermaksud bahawa buah pinggang berfungsi pada 100 peratus. Fungsi buah pinggang anda masih dianggap normal sekiranya GFR 90 atau lebih tinggi. Sekiranya GFR anda 45, anda tahu bahawa buah pinggang anda berfungsi kira-kira 45 peratus daripada kadar normal.