Rawatan Dialisis Di Mana Sahaja — Walaupun Ketika Bercuti

DaVita turut menawarkan perkhidmatan rawatan penyakit buah pinggang kronik, atau haemodialisis kepada pelancong yang datang ke Malaysia dari negara lain. Anda disarankan untuk menghubungi pusat yang akan dilawati lebih awal untuk memberikan segala maklumat yang diperlukan. Ini juga bagi memastikan anda dapat menyediakan semua dokumen yang mungkin diperlukan nanti.

Anda boleh mencari pusat rawatan kami yang berhampiran dengan destinasi pelancongan anda atau rancang perjalanan anda berdasarkan lokasi pusat kami. Anda juga boleh menghantar e-mel kepada DaVita untuk mendapatkan bantuan di contactus.my@davita.com.

Tips Pelancongan untuk Pesakit dalam Rawatan Sakit Buah Pinggang (Dialisis)

Tips Pelancongan untuk Pesakit dalam Rawatan Sakit Buah Pinggang (Dialisis)

Jika anda sedang menerima rawatan untuk penyakit buah pinggang anda, anda masih boleh melancong dengan yakin seperti orang lain. Walau bagaimanapun, anda perlu mendapatkan kelulusan daripada doktor anda terlebih dahulu dan bertanya kepada mereka mengenai pelarasan dos atau ubat dialisis yang mungkin perlu dilakukan.

Sebagai pesakit dialisis, anda harus mula merancang perjalanan sekurang-kurangnya dua bulan sebelum bagi memastikan unit penjagaan dialisis anda boleh membuat aturan yang betul untuk rawatan dialisis buah pinggang di pusat rawatan berdekatan destinasi pelancongan anda.

Tips Pelancongan untuk Pesakit dalam Rawatan Sakit Buah Pinggang (Dialisis)

Membuat persediaan awal juga dapat membantu dalam memastikan keseluruhan perjalanan anda berjalan lancar. Berikut merupakan beberapa tips bagi pesakit dialisis semasa melancong yang boleh anda ikuti:

  • Beritahu keluarga tentang rancangan perjalanan anda.
  • Sentiasa bawa senarai nombor telefon penting yang mungkin diperlukan serta salinan rekod perubatan anda semasa dalam perjalanan.
  • Pastikan orang yang melancong bersama-sama anda mengetahui di mana rekod serta keperluan perubatan anda disimpan.
  • Bawa ubat-ubatan anda secukupnya, termasuk untuk situasi kecemasan seperti kehilangan bagasi atau tumpahan cecair. Sentiasa ingat untuk menyimpan beberapa salinan preskripsi anda bersama anda.

Maklumat Lanjut Mengenai Servis Dialisis DaVita

Rawatan Hemodialisis
Perkhidmatan & Rawatan
Rawatan Dialisis Buah Pinggang
Maklumat Lanjut
Perkhidmatan DaVita
Perkhidmatan & Rawatan
Perkhidmatan DaVita
Maklumat Lanjut