Buah pinggang anda – dua organ yang berbentuk seperti kekacang, terletak di bahagian bawah belakang anda, bertugas sebagai sistem penapis kepada badan anda, membersihkan darah daripada bahan kumuh dan lebihan cecair dan juga mengimbangi kimia yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi. Fungsi buah pinggang yang sihat adalah untuk:

  • Membersihkan dan menapis darah
  • Menghasilkan air kencing
  • Menghasilkan hormon
  • Mengawal tekanan darah
  • Membantu memastikan tulang sihat

Buah pinggang yang sihat dapat dicapai dengan amalan pemakanan yang sihat, pengurusan yang sistematik terhadap masalah kesihatan seperti penyakit kencing manis dan hypertension dan juga dengan tidak merokok.

Fakta Mengenai Penyakit Buah Pinggang di Malaysia

Fakta Mengenai Penyakit Buah Pinggang di Malaysia

Penyakit buah pinggang adalah krisis kesihatan global yang terutamanya disebabkan oleh diabetes dan tekanan darah tinggi, dengan 16% daripada populasi dunia atau 2.6 juta pesakit memerlukan rawatan dialisis. Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD) di Malaysia juga kini menjadi semakin biasa dalam kalangan golongan muda.

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, pada masa ini terdapat lebih 40,000 orang yang menghidap penyakit buah pinggang di Malaysia, dan lebih 8,000 kes baharu telah didiagnosis setiap tahun sejak 2018. Kajian menunjukkan bahawa kadar prevalens penyakit buah pinggang kronik (CKD) di Malaysia telah meningkat daripada 9.07% pada 2011 kepada 15.48% pada 2018. 

Gejala penyakit buah pinggang selalunya tidak begitu ketara, dan seringkali diabaikan atau disalah erti dengan penyakit lain. Antara simptom yang paling biasa yang mungkin dialami daripada penyakit ini adalah sakit atau rasa terbakar semasa membuang air kecil, bengkak pada kaki atau buku lali, kekejangan otot, loya, muntah dan mengantuk.

Pengesanan awal penyakit buah pinggang adalah penting kerana ia mungkin dapat membantu mencegah kegagalan buah pinggang atau komplikasi yang lebih serius. Jika anda mempunyai kebimbangan tentang fungsi buah pinggang anda atau mempunyai beberapa simptom penyakit buah pinggang, anda harus segera berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Cara Mencegah Penyakit Buah Pinggang Kronik

Cara Mencegah Penyakit Buah Pinggang Kronik

Menjaga buah pinggang anda dengan baik adalah penting untuk kesihatan dan kesejahteraan diri anda. Buah pinggang memainkan peranan yang sangat penting dengan mengeluarkan toksin daripada darah dan mengawal paras air dalam badan anda. Berikut merupakan beberapa cadangan tentang perkara yang boleh di lakukan untuk menjaga dan memastikan buah pinggang anda sentiasa sihat:

  • Kekal sihat dan cergas dengan mengamalkan senaman yang kerap.
  • Periksa paras gula dalam darah anda secara konsisten.
  • Pantau tekanan darah anda dengan kerap.
  • Rekod sebarang perubahan berat badan anda dan amalkan diet yang sihat dan seimbang.
  • Pastikan diri anda sentiasa terhidrat dengan air yang mencukupi.
  • Elakkan merokok.
  • Awasi pengambilan ubat-ubatan terutamanya yang dibeli sendiri di kaunter farmasi tanpa konsultasi doktor.
  • Sentiasa periksa fungsi buah pinggang anda jika anda berisiko dengan mengalami gejala penyakit buah pinggang kronik

Jalani pemeriksaan kesihatan dan ujian fungsi buah pinggang secara berkala sebagai langkah penjagaan awal. Ujian ini akan menunjukkan jika terdapat sebarang masalah dengan buah pinggang anda atau jika anda perlu berjumpa doktor lebih awal. Dalam pada itu, jika anda merasakan ada yang tidak kena atau mempunyai tanda-tanda awal penyakit buah pinggang, anda perlu mendapatkan pemeriksaan segera.

Izinkan DaVita membantu anda jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai gejala penyakit buah pinggang. Hubungi kami di talian 1-800-180-780 atau WhatsApp di +6012 265 5277 untuk pertanyaan lanjut.