Sempena Hari Buah Pinggang Sedunia 2022, DaVita Malaysia dan Pusat Perubatan Sunway telah bekerjasama untuk menganjurkan ZOOM webinar mengenai Pemindahan Buah Pinggang Penderma Hidup yang dihadiri oleh seramai 356 peserta. Pemindahan buah pinggang ialah prosedur pembedahan untuk mengalihkan buah pinggang yang sihat daripada penderma yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia kepada seseorang yang buah pinggangnya tidak lagi berfungsi. Dalam sesi ini, tumpuan diberikan kepada pemindahan penderma hidup. Sesi ini adalah amat berguna dan bernas untuk pesakit dialisis dan juga penjaga yang juga berpotensi sebagai penerima/ penderma buah pinggang. Topik-topik yang berkaitan telah dibentangkan oleh 3 doktor iaitu Dr Rosnawati Yahaya, Pengarah Hal Ehwal Perubatan DaVita Malaysia, Pakar Nefrologi, Pusat Perubatan Sunway dan beliau juga merupakan Ketua Unit Transplantasi dan Timbalan Ketua Jabatan Nefrologi Hospital Kuala Lumpur, diikuti dengan Dr Tan Li Ping, Ketua Pegawai Perubatan DaVita Malaysia dan Dr Murali Sundram, Pakar Urologi, Pusat Perubatan Sunway.

Biar DaVita membantu anda jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai gejala sakit buah pinggang.

placed-wood-background.png

Learn More About

Your Journey to Kidney Transplant
Pemindahan /Transplan Buah Pinggang
Perjalanan Anda Ke Arah Pemindahan / Transplan Buah Pinggang