Snek Ikan Rangup
Bahan-bahan
- 450g filet ikan (dory atau talapia), dihiris sebesar jari
- 1 ulas bawang putih, dicincang
- 1 keping nipis halia
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- 1/2 sudu kecil serbuk kari
- 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
- 4 sudu besar yogurt (rendah lemak, perisa asli)
- 9 biskut lemak, dihancurkan
Cara Penyediaan
- Cara Penyediaan
- Lumurkan filet ikan dengan bawang putih, halia, serbuk kunyit, serbuk kari, serbuk lada hitam dan yogurt. Perap di dalam peti ais selama 10 minit.
- Panaskan ketuhar pada suhu 200ºc selamat 10 minit.
- Salutkan filet dengan serbuk biskut lemak dan susun di atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak.
- Masukkan dulang pembakar berisi filet ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 200ºc menggunakan kombinasi pemanas atas dan bawah selama 6 minit atau sehingga filet berwarna kuning keemasan.
- Taburkan serbuk lada hitam pada permukaan filet sebagai hiasan. Hidangkan.