Acar Timun Nanas

Cucumber and Pineapple Salad
Bahan-bahan
  • 1½ cawan timun, empulur timun (bijinya) dibuang. Timun dimayang bersama kulitnya.
  • 1 potong nanas berdiameter 1.5cm x 9cm, dibuang kulit dan dipotong dadu
  • 1 cawan bawang merah, dimayang
  • 3 biji cili merah, dibuang biji dan dimayang
  • 5 sudu besar jus limau nipis
  • 1 sudu besar gula
  • ¼ sudu kecil garam (jika perlu)
Cara Penyediaan
  1. Gaul semua sayuran (timun, nanas, bawang merah dan cili merah) dalam mangkuk sederhana.
  2. Tambahkan jus limau nipis dan gula, kacau rata.
  3. Tutup dengan plastik dan perap di dalam peti ais semalaman sebelum dihidangkan.
  4. Acar boleh diperisakan dengan garam dalam setiap sajian individu (jika mahu) ketika waktu makan.