Popia Goreng Ayam

Fried Chicken Spring Roll
Bahan-bahan
  • 4 ulas bawang putih - 3 ulas dicincang kasar; 1 ulas tidak dipotong
  • 1½ biji bawang merah saiz besar, ⅓ dicincang kasar; selebihnya tidak dipotong
  • ½ cawan cili merah, dibuang tangkai dan dibersihkan
  • 1 sudu kecil tepung jagung, dicampurkan bersama 20ml air 
  • 2 sudu besar gula
  • 3 sudu besar cuka
  • 6 keping kulit popia, jika kulit popia disimpan dalam penyejuk beku, ia perlu dikeluarkan 30 minit sebelum digunakan dan biarkan pada suhu bilik
  • 1 batang lobak merah, dimayang halus
  • 2 cawan kubis, dimayang halus
  • 60g atau 2 keping daging dada ayam saiz sederhana, dicincang (atau dihiris nipis)
  • 2 biji putih telur
  • 1 sudu besar lada sulah
  • 2 cawan minyak masak, untuk menumis inti dan menggoreng popia
Cara Penyediaan
  1. Penyediaan inti: Panaskan 1 sudu besar minyak sayur dalam kuali besar. Tumis bawang merah (dicincang) dan bawang putih (dicincang) sehingga kekuningan dan wangi. Tambahkan ayam dan teruskan menumis sehingga ayam masak. Tambahkan kubis dan lobak merah. Tumis lagi sehingga sayuran lembut. Masukkan putih telur ke dalam masakan dan kacau. Teruskan menumis sehingga telur masak dan bercampur sekata dengan bahan lain. Perisakan masakan dengan lada sulah dan gaul rata. Alihkan kuali dari dapur dan ketepikan. Biarkan inti sejuk selama 20 minit.
  2. Penyediaan sos pencecah: Kisar 1 ulas bawang putih dan bawang merah (yang selebihnya) bersama cili merah di dalam mesin pengisar. Tambahkan gula dan cuka. Tuangkan campuran pes daripada mesin pengisar ke dalam kuali. Masak pes di atas api sederhana. Setelah mereneh, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan sos dengan secukupnya. Alihkan kuali dari dapur dan tuangkan sos ke dalam piring. Ketepikan, biarkan sejuk sebelum dihidangkan bersama popia goreng.
  3. Penyediaan popia: Ratakan sekeping kulit popia di atas permukaan yang bersih dengan salah satu bucunya menghala ke arah anda (bentuk wajik). Letakkan 1-2 sudu besar inti di tengah kulit popia dan bentukkan 3 inci panjang. Lipatkan bahagian bawah kulit popia ke atas inti dan gulung satu kali sambil memampatkan intinya. Lipatkan kulit popia di kedua-dua bucu kiri dan kanan. Sapukan sedikit air pada bucu atas kulit popia. Gulungkan popia dengan kemas dan tekan hujung kulit popia supaya ia melekat dengan baik. Susunkan popia di dalam pinggan dengan bahagian lipatan hujungnya mengarah ke bawah sehingga sedia untuk digoreng. Ulangi langkah ini sehingga semua kulit popia dan inti habis digunakan.
  4. Menggoreng popia: Panaskan 2 cawan minyak sayur dalam periuk dengan bahagian bawah yang tebal menggunakan api sederhana panas. Masukkan popia satu demi satu dan goreng selama 2 minit atau sehingga warnanya perang keemasan. Keluarkan popia yang telah digoreng menggunakan penyepit atau sudip berlubang, letakkan di dalam pinggan berlapik kertas atau tisu penyerap untuk menyingkirkan minyak berlebihan. Hidangkan bersama sos pencecah.