Idli & Tomato Chutney

Idli & Tomato Chutney
Bahan-bahan

Bahan-bahan Idli

  • 1 ½ cawan beras* 
  • ½ cawan kacang ulunthu* 
  • ¼ sudu teh yis
  • ¼ sudu teh garam
  • Sedikit air

* Direndam berasingan selama 5 jam

Bahan-bahan Tomato Chutney A

  • 1 biji bawang besar - dicincang
  • ½ sudu teh biji sawi
  • 3 tangkai daun kari* 
  • 2 tangkai biji cili kering*

* Direndam berasingan selama 5 jam

Bahan-bahan Tomato Chutney B

  • 6 biji tomato – dikisar
  • ¼ sudu teh garam
Cara Penyediaan

Cara Penyediaan Idli

  1. Kisar kasar beras dengan hanya sedikit air. Ketepikan.
  2. Kisar kasar kacang ulunthu dengan hanya sedikit air. Ketepikan.
  3. Campurkan semua bahan idli, kacau rata dan perap bancuhan idli semalaman di tempat yang suam dalam bekas bersaiz 2 kali ganda jumlah bancuhan.
  4. Ceduk satu senduk bancuhan ke dalam periuk idli.
  5. Kukus selama 20 minit.
  6. Keluarkan idli dengan pisau dan hidangkan bersama tomato chutney. Griskan dengan ¼ sudu teh minyak sapi jika perlu untuk mengelakkan idli melekat pada periuk.

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis Bahan A hingga naik bau.
  3. Masukkan tomato.
  4. Reneh dengan api kecil selama 20 minit hingga pekat.
  5. Perisakan dengan garam.
  6. Makan bersama idli.