Apakah yang dimaksudkan dengan “DaVita Way”?
Sikap jujur lahirnya daripada hati yang bersih. Kami yakin bahawa apa yang kami lakukan di DaVita akan memberi perubahan yang positif terhadap masyarakat kini.
Sebagai pemangkin perkhidmatan penjagaan buah pinggang, DaVita mempunyai matlamat untuk membina satu komuniti penjagaan kesihatan yang cemerlang di mata dunia dengan:
- Memberbaiki kualiti kehidupan pesakit buah pinggang kronik
- Memberi inovasi dan menambah nilai di dalam bidang penjagaan buah pinggang
- Menjadi contoh penjagaan kesihatan secara global
- Menyemarakkan falsafah komuniti kami
Pemikiran, Perasaan dan Tingkah Laku Kami
“The DaVita Way” merupakan lambang dedikasi kami terhadap cara Pemikiran kami (kepercayaan dan komitmen), Perasaan kami (penjagaan), dan juga tingkah laku kami (perbuatan) untuk merealisasikan Misi kami dengan menitikberatkan nilai murni di dalam membangunkan Village yang harmoni. Ini bermakna bahawa kami mengambil berat sesama sendiri sebagaimana kami mengambil berat akan para pesakit kami.
Pemikiran Kami
Kami komited terhadap:
- Misi & Nilai-Nilai Murni
- ‘Village’
- Satu Komuniti Penjagaan Kesihatan yang Hebat di Dunia
Perasaan Kami
Kami mengambil berat – dengan penuh kasih sayang! – mengenai kebajikan pesakit kami dan juga teammate kami. ‘Perasaan’ kami melambangkan kebanggaan kami terhadap ‘Village’ kami, dan juga terhadap pusat dialisis kami dan tempat kami bekerja.
Tingkah Laku Kami
- Menghidupkan Misi dan Nilai Utama
- Menzahirkan perasaan sayang kami melalui perbuatan
- Bekerja dengan bersungguh-sungguh
- Menjalankan pekerjaan seperti yang telah diamanahkan
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘bridge’ & mengapa ianya penting?
‘Bridge’ merujuk kepada kesungguhan teammate kami di dalam menjalankan tugas membantu para pesakit – ia tergolong di bawah prinsip ‘fikiran’ di dalam ‘The DaVita Way’.
Seringkali teammate kami berhadapan dengan persoalan, “Adakah kami perlu tunggu dan lihat atau adakah kami perlu terus bertindak agar suatu tempat istimewa yang diimpikan akan terbina”.
Sempadan yang diseberangi oleh teammate kami merupakan satu peluang untuk membina satu tempat yang istimewa di antara teammate, para pesakit dan juga kepada komuniti kami.
Anugerah ‘Core Value’
Anugerah ini merupakan penghargaan yang tertinggi yang dikecapi oleh teammate kami di dalam ‘Village’. Penerima anugerah ini benar-benar telah menghidupkan nilai teras utama ‘The DaVita Way’ di dalam setiap perbuatan beliau sama ada di klinik, pejabat mahupun di ketika menjalani kehidupan harian mereka.
Anugerah ‘Shining Star’
Anugerah ini diberi kepada teammate yang sanggup melangkaui batas pekerjaan mereka di dalam penjagaan para pesakit dan juga teammate dengan intensiti yang sama.
2018

2019
