Apakah yang dimaksudkan dengan “DaVita Way”?
Sikap jujur lahirnya daripada hati yang bersih. Kami yakin bahawa apa yang kami lakukan di DaVita akan memberi perubahan yang positif terhadap masyarakat kini.
Sebagai pemangkin perkhidmatan penjagaan buah pinggang, DaVita mempunyai matlamat untuk membina satu komuniti penjagaan kesihatan yang cemerlang di mata dunia dengan:
Memberbaiki kualiti kehidupan pesakit buah pinggang kronik
Memberi inovasi dan menambah nilai di dalam bidang penjagaan buah pinggang
Menjadi contoh penjagaan kesihatan secara global
Menyemarakkan falsafah komuniti kami
Pemikiran, Perasaan dan Tingkah Laku Kami
“The DaVita Way” merupakan lambang dedikasi kami terhadap cara Pemikiran kami (kepercayaan dan komitmen), Perasaan kami (penjagaan), dan juga tingkah laku kami (perbuatan) untuk merealisasikan Misi kami dengan menitikberatkan nilai murni di dalam membangunkan Village yang harmoni. Ini bermakna bahawa kami mengambil berat sesama sendiri sebagaimana kami mengambil berat akan para pesakit kami.
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘bridge’ & mengapa ianya penting?
‘Bridge’ merujuk kepada kesungguhan teammate kami di dalam menjalankan tugas membantu para pesakit – ia tergolong di bawah prinsip ‘fikiran’ di dalam ‘The DaVita Way’.
Seringkali teammate kami berhadapan dengan persoalan, “Adakah kami perlu tunggu dan lihat atau adakah kami perlu terus bertindak agar suatu tempat istimewa yang diimpikan akan terbina”.
Sempadan yang diseberangi oleh teammate kami merupakan satu peluang untuk membina satu tempat yang istimewa di antara teammate, para pesakit dan juga kepada komuniti kami.
Anugerah ‘Core Value’
Anugerah ini merupakan penghargaan yang tertinggi yang dikecapi oleh teammate kami di dalam ‘Village’. Penerima anugerah ini benar-benar telah menghidupkan nilai teras utama ‘The DaVita Way’ di dalam setiap perbuatan beliau sama ada di klinik, pejabat mahupun di ketika menjalani kehidupan harian mereka.
Anugerah ‘Shining Star’
Anugerah ini diberi kepada teammate yang sanggup melangkaui batas pekerjaan mereka di dalam penjagaan para pesakit dan juga teammate dengan intensiti yang sama.
2018
Noor Farahnajwa Sulaiman
Penglibatan Rakan Kongsi, HQ
2019
Mohamad Ali Hafizi Bin Abd Kadir
Jururawat Berdaftar, Sungai Petani Utara
2021
Noor Asikin Omar
Sebelumnya Pengurus Fasiliti, kini Pengurus Pusat, Bangsar.
2022
Nur Hasniyah Radzi
Pengurus Fasiliti, Kuala Pilah