Kami hadir untuk berkhidmat kepada pesakit kami

Kami hadir untuk berkhidmat kepada pesakit kami - mereka adalah sebab kenapa kami di sini. Apa yang paling penting bagi pesakit kami adalah rasa dijaga sebagai insan, bukan sekadar sebagai pesakit. Melalui proses demokrasi, kami memilih WE CARE - enam tingkah laku untuk secara konsisten menunjukkan kepada pesakit yang kami menjaga mereka sebagai seorang insan. WE CARE adalah tindakan memberi jagaan melalui enam tingkah laku tertentu yang boleh kami tunjukkan semasa kami menyediakan penjagaan klinikal yang berkualiti. Dan ia adalah khusus untuk interaksi kami dengan pesakit WE CARE adalah satu set tingkah laku khusus yang dapat dilihat yang kami berusaha untuk tunjukkan dalam setiap interaksi dengan pesakit untuk memberikan pengalaman penjagaan yang luar biasa. WE CARE bermaksud Selamat Datang, Empati, Menghubungkan, Mendengar secara aktif, Menghormati dan Memberi galakan.

W
SELAMAT DATANG

Sambut pesakit kami menggunakan nama mereka dan sapa mereka dengan senyuman yang manis dan mesra.

E
EMPATI

Kesan, kongsi dan nyatakan rasa prihatin terhadap perasaan pesakit kami.

C
MENGHUBUNGKAN

Ketahui, ingat dan raikan apa yang penting secara peribadi kepada pesakit kami; mencari titik persamaan.

A
MENDENGAR SECARA AKTIF

Memberikan perhatian sepenuhnya kepada apa yang pesakit kami kongsikan dan mengulanginya untuk memastikan yang kami faham.

R
MENGHORMATI

Menghargai dan menghormati perasaan, keinginan, hak dan tradisi pesakit kami.

E
MEMBERI GALAKAN

Menggalakkan dan memberi sokongan, keyakinan atau harapan kepada pesakit kami.

wecare.png