Misi dan Nilai-Nilai

“Memberi Penghidupan.” Nama DaVita diambil daripada perkataan Itali yang bermaksud “Memberi Penghidupan”. Sejajar dengan nama tersebut, pasukan kami sentiasa berganding bahu memberi perkhidmatan yang sempurna kepada para pesakit kami setiap hari, tidak kira sama ada pasukan klinikal kami mahupun pasukan yang menjalankan kerja-kerja pentadbiran di pejabat.

Misi Kami

Misi Kami

"Untuk menjadi Pembekal, Rakan dan Majikan Pilihan."

Matlamat kami adalah untuk Membina Komuniti Penjagaan Kesihatan Terhebat di Dunia melalui komitmen kami di dalam menegakkan Misi dan Nilai Teras kami untuk pesakit, rakan dan juga teammate kami.

Matlamat

Predictive analytics
Analisis ramalan analisis untuk mengenalpasti tahap penyakit pesakit, dan pengurusan proaktif untuk keadaan komorbid bagi membantu melambatkan perkembangan CKD
Patient education

Pendidikan dan kesedaran akan diberi kepada pesakit agar dapat membantu pesakit menguruskan kesihatan mereka dan membantu untuk menentukan gaya kehidupan yang bersesuaian dengan peringkat penyakit yang dihadapi

Care coordination

Penyelarasan yang cekap seperti membantu pesakit membuat temujanji, menyediakan sumber-sumber ilmiah berkaitan dengan penyakit dan peringkat CKD pesakit dan juga memberi sokongan yang diperlukan oleh pesakit

Active collaboration
Semangat kerjasama di antara pakar nefrologi dan pasukan penjagaan di dalam menyediakan perkhidmatan secara holistik, termasuklah pengurusan situasi komorbid