Kami akan memastikan anda akan mendapat layanan dan perkhidmatan yang berkualiti sepanjang menjalani rawatan haemodialisis bersama kami.  DaVita sentiasa berusaha membantu semua pesakit untuk meningkatkan kualiti kehidupan. Daripada Pegawai Perhubungan Pesakit sehinggalah kepada anggota klinikal yang mahir dan terlatih, kami komited untuk memberikan penjagaan yang rapi kepada anda.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila kemukakan kepada Pegawai Perhubungan Pesakit anda atau anggota klinikal kami.

Pasukan Penjagaan Kesihatan Anda

Doctor

Doktor Yang Bertanggungjawab
(Person In Charge)

Bertanggungjawab memastikan rawatan dialisis anda dijalankan dengan selamat dan sempurna.

Nephrologist

Pakar Nefrologi

Bertanggungjawab terhadap perkara berkaitan dengan rawatan dialisis anda dan komplikasi semasa dialisis.

Facility Administrator

Pengurus Fasiliti

Bertanggungjawab memastikan dialisis anda berjalan dengan lancar dan selesa.

Staff Nurse

Jururawat

Bertanggungjawab menjalankan rawatan dialisis mengikut arahan doktor di samping memastikan anda mendapat rawatan dengan selamat.

Patient Relations Officer

Pegawai Perhubungan Pesakit

Bertanggungjawab membantu anda meneruskan kehidupan yang berkualiti dan merupakan sumber sokongan emosi anda.

Understanding Chronic Kidney Disease (CKD)

Kehidupan dengan Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD)

Buah pinggang anda – dua organ yang berbentuk seperti kekacang, terletak di bahagian bawah belakang anda, bertugas sebagai sistem penapis kepada badan anda, membersihkan darah daripada bahan kumuh dan lebihan cecair dan juga mengimbangi kimia yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi.

Persiapan Untuk Lawatan Anda

Di DaVita, kami amat mengambil berat akan faktor keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan pesakit. Terdapat beberapa prosedur yang akan kami patuhi apabila anda tiba di klinik kami.

Pencegahan jangkitan kuman. Dalam usaha mencegah jangkitan penyakit berjangkit, jururawat akan mengambil suhu badan, menimbang berat badan dan bertanya beberapa soalan semasa anda tiba di DaVita.

Pastikan anda menjawab semua soalan dengan jujur dan memberitahu anggota pasukan kami sekiranya anda mengalami sebarang tanda-tanda di bawah:

  • Batuk dan/atau sesak nafas
  • Demam dan/atau sakit-sakit badan
  • Loya dan/atau muntah
  • Sakit tekak dan/atau hidung tersumbat
  • Cirit-birit 
  • Sakit kepala

Teman/ahli keluarga anda juga harus mendaftar sebagai pelawat dan turut diperiksa. Ini membantu melindungi anda dan pesakit lain dari risiko jangkitan kuman dan penyakit berjangkit, semasa menerima rawatan di DaVita.

FAQ