Misi dan Nilai-Nilai

“Memberi Penghidupan.” Nama DaVita diambil daripada perkataan Itali yang bermaksud “Memberi Penghidupan”. Sejajar dengan nama tersebut, pasukan kami sentiasa berganding bahu memberi perkhidmatan yang sempurna kepada para pesakit kami setiap hari, tidak kira sama ada pasukan klinikal kami mahupun pasukan yang menjalankan kerja-kerja pentadbiran di pejabat.

Nilai Teras yang dibentuk oleh DaVita, dijadikan panduan untuk kami melaksanakan Misi perkhidmatan kami.

Misi Kami

Untuk menjadi Pembekal, Rakan dan Majikan Pilihan.

Matlamat kami adalah untuk Membina Komuniti Penjagaan Kesihatan Terhebat di Dunia melalui komitmen kami di dalam menegakkan Misi dan Nilai Teras kami untuk pesakit, rakan dan juga teammate kami.

Nilai Teras Kami

Perkhidmatan Cemerlang

Memberi perkhidmatan—tujuan kami ditubuhkan. Kami sentiasa cuba untuk memahami keperluan mereka yang memerlukan perkhidmatan kami (pesakit, doktor dan teammate) dan kami akan cuba memberi perkhidmatan yang melebihi daripada jangkaan mereka.

Integriti

Kata-kata kami akan kami tunaikan. Kami dipercayai kerana anda mempercayai kami. Di dalam usaha untuk mengutuhkan nilai-nilai teras kami, kami sentiasa memastikan bahawa kami tunaikan setiap kata-kata kami.

Semangat Berpasukan

Bersatu Kita Teguh! Kami bekerja secara berpasukan, berkongsi tujuan, budaya dan matlamat yang sama. Kami turut membantu memberi sokongan bukan sahaja kepada mereka yang memerlukan perkhidmatan kami, malahan juga kepada rakan sekerja kami. Kami berganding bahu untuk mencapai matlamat Misi utama kami.

Penambahbaikan Secara Berterusan

Kami sentiasa berusaha memperbaiki mutu perkhidmatan kami. Sama ada secara individu mahupun secara berpasukan, kami sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan taraf perkhidmatan kami. Persoalan yang sentiasa berlegar difikiran kami adalah, “Bagaimana cara yang boleh diambil untuk memberbaiki mutu kerja ini?” Kemudian kami akan mengambil pendekatan yang sistematik untuk bertindak. 

Kebertanggungjawaban

Kami tidak akan mengucapkan kata-kata seperti “Ini bukan salah saya” atau “Ini tidak termasuk di dalam bidang kerja saya”. Kami sentiasa bekerjasama memberi komitmen kami sama ada secara peribadi mahupun untuk keseluruhan organisasi. Kami akan memikul tanggungjawab untuk setiap hasil kerja kami.

Kepuasan Hati

Kami bertindak untuk berubah. Kami berpuas hati dan berbangga dengan setiap hasil kerja kami kerana kami yakin bahawa setiap hasil kerja kami adalah sejajar dengan matlamat dan cita-cita kami. Kami berpegang kepada kata-kata Mahatma Ghandi iaitu, “Sekiranya anda inginkan perubahan di dalam dunia ini, anda haruslah bersedia untuk berubah” dan apabila anda berjaya melakukan perubahan tersebut, ianya sesuatu yang sungguh memuaskan!

Keceriaan

Pekerjaan kami adalah satu kenikmatan. Kami tahu bahawa bidang penjagaan kesihatan memerlukan kami untuk bekerja keras; namun masih terdapat keriangan dan kenikmatan di dalam pekerjaan yang kami lakukan. Kami memikul tanggungjawab kami dengan serius namun kami juga percaya bahawa persekitaran kerja yang ceria akan menghasilkan perkhidmatan yang lebih bermutu terhadap pesakit kami dan menaikkan semangat kerjasama yang lebih tinggi sesama teammate kami. Kami sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan perkhidmatan sambil melahirkan satu persekitaran kerja yang ceria.

Matlamat

  • Analisis ramalan analisis untuk mengenalpasti tahap penyakit pesakit, dan pengurusan proaktif untuk keadaan komorbid bagi membantu melambatkan perkembangan CKD
  • Pendidikan dan kesedaran akan diberi kepada pesakit agar dapat membantu pesakit menguruskan kesihatan mereka dan membantu untuk menentukan gaya kehidupan yang bersesuaian dengan peringkat penyakit yang dihadapi
  • Penyelarasan yang cekap seperti membantu pesakit membuat temujanji, menyediakan sumber-sumber ilmiah berkaitan dengan penyakit dan peringkat CKD pesakit dan juga memberi sokongan yang diperlukan oleh pesakit
  • Semangat kerjasama di antara pakar nefrologi dan pasukan penjagaan di dalam menyediakan perkhidmatan secara holistik, termasuklah pengurusan situasi komorbid