“Mementingkan Keperluan Kommuniti”
“Memberi peluang kehidupan.” Nama DaVita diambil daripada perkataan Itali yang bermaksud ‘memberi peluang kehidupan’. Inilah yang menjadi tunggak dorongan kepada teammate DaVita di dalam memberi perkhidmatan kepada pesakit kami setiap hari, sama ada pasukan klinikal kami mahupun pasukan pentadbiran kami yang bertugas di pejabat.
Dipercayai oleh lebih daripada 2,000 rakyat Malaysia yang menghidapi Penyakit Buah Pinggang Peringkat Akhir atau lebih dikenali dengan nama “End Stage Renal Disease (ESRD)”, DaVita Malaysia memberi penekanan terhadap pendekatan holistik dengan mengambil berat akan keseluruhan faktor pesakit termasuklah dari segi fizikal, mental, sosial dan juga penyakit yang didiagnosiskan. Daripada sebanyak 40 pusat rawatan kami di seluruh negara, tujuh (7) daripadanya telah menerima pentauliahan daripada Malaysia Society for Quality in Health (MSQH). DaVita merupakan pusat kendiri pertama di Malaysia yang menerima pentauliahan seperti ini.
Perkhidmatan yang Ditawarkan
DaVita Malaysia akan bekerjasama dengan pesakit untuk membentuk satu pelan yang bersepadu yang bersesuaian dengan kehendak dan cara hidup pesakit di samping menyediakan satu pasukan penjagaan dan perkhidmatan pengurusan kesihatan yang sesuai dengan keperibadian pesakit. Selain daripada menyediakan perkhidmatan rawatan dialisis yang diuruskan oleh pasukan kesihatan profesional yang bertauliah, DaVita turut menawarkan perkhidmatan holistik seperti berikut:

Permohonan penaja / ‘Guarantee Letters’

Pengangkutan (jika ada)

Akses CVC / Pengurusan Dialisis

Pendidikan kepada pesakit / Nasihat mengenai diet

Ujian darah yang komprehensif

Penjagaan kecemasan oleh jururawat terlatih BLS / ACLS

Ubat-ubatan subsidi / Program bantuan pesakit

Sokongan pesakit sementara / transit *

Kaunseling untuk Pesakit

Pengurusan tekanan darah dan cecair

Pendidikan kepada pesakit / Nasihat mengenai diet

Ujian darah yang komprehensif

Penjagaan kecemasan oleh jururawat terlatih BLS / ACLS

Ubat-ubatan subsidi / Program bantuan pesakit

Pemeriksaan kaki diabetik

Pengurusan ubatan

Sokongan pesakit sementara / transit *

Pendidikan mengenai transplan (untuk pesakit yang berminat)
* Perkhidmatan ini tiada buat sementara kerana pandemik
Apa Yang Membuat DaVita Unik?

Pelbagai Perkhidmatan
DaVita menyediakan rangkaian perkhidmatan dengan pendekatan holistik untuk rawatan pesakit.

Hasil Terunggul Industri
Hasil perubatan kami melebihi standard industri, didorong oleh amalan terbaik global dan inovasi mutakhir.

Pusat Dialisis Berkualiti
DaVita adalah penyedia rawatan dialisis swasta pertama yang mencapai Akreditasi MSQH, yang merupakan ‘gold standard’ di seluruh industri.

Impak Komuniti
Aktiviti luas yang berkaitan dengan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR); Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (‘Environmental, Social, and Governance’ atau ESG); dan Kepelbagaian dan Kekitaan (‘Diversity and Belonging’ atau D & B).

Rangkaian Pusat Terbesar
DaVita dipercayai oleh lebih daripada 2,000 pesakit dengan ESRD, dengan 40+ pusat dialisis di seluruh Malaysia.