Apa yang dimaksudkan dengan rawatan dialisis buah pinggang
Ia merupakan rawatan untuk membuang lebihan cecair dan bahan kumuh, daripada darah. Secara ringkas, ia merupakan rawatan untuk membersihkan darah.
Sekiranya Saya Mempunyai Penyakit Buah Pinggang, Adakah Saya Perlu Dialisis?
Anda tidak memerlukan dialisis pada peringkat awal penyakit buah pinggang kronik (CKD). Namun, apabila buah pinggang anda telah tidak berfungsi, anda memerlukan dialisis atau pemindahan buah pinggang untuk terus hidup. Buah pinggang anda tidak akan berhenti berfungsi sekelip mata tetapi ia akan memakan masa bertahun melalui beberapa peringkat, sebelum anda betul-betul memerlukan dialisis.
Cara Awal Mencegah Penyakit Buah Pinggang Kronik
Mempunyai kesedaran mengenai penjagaan dan kesihatan buah pinggang adalah langkah awal dalam mencegah dan merawat penyakit buah pinggang kronik. Dengan kesedaran yang betul dan memahami tentang faktor-faktor risiko yang menyumbang kepada penyakit buah pinggang, anda dapat melakukan langkah pencegahan awal seperti mengamalkan diet yang sihat dan seimbang, tidak merokok, mengambil air secukupnya dan lain-lain lagi.
Cara Merawat Penyakit Buah Pinggang Kronik Peringkat Awal
Selain mengetahui faktor risiko penyakit buah pinggang, adalah penting juga untuk anda memahami tentang gejala-gejala penyakit ini. Ini adalah kerana jika sahaja anda merasakan simptom-simptom awal, anda boleh terus mendapatkan pemeriksaan lanjut untuk mengetahui keadaan buah pinggang anda.
Pemeriksaan dan pengesahan peringkat awal sangat membantu merawat penyakit buah pinggang daripada menjadi lebih teruk. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai penyakit buah pinggang di laman web DaVita atau kunjungi pusat yang berdekatan untuk penerangan yang lebih mendalam.
Bilakah Saya Perlu Memulakan Rawatan Dialisis Buah Pinggang?
Menurut panduan yang diberi oleh Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan, anda perlu memulakan rawatan dialisi apabila fungsi buah pinggang anda menurun ke kadar 15% ke bawah — atau sekiranya badan anda menunjukkan simtom-simtom penyakit yang disebabkan oleh kerosakan buah pinggang seperti sesak nafas, lesu, kekejangan otot, loya atau muntah. Pakar perubatan anda akan menentukan bila anda perlu memulakan rawatan dialisis berdasarkan simtom yang anda alami dan juga berdasarkan keputusan ujian darah yang menunjukkan peratusan fungsi buah pinggang anda.
Pihak insuran dan lain-lain badan kebajikan (seperti Jabatan Perkhidmatan Awam, SOCSO, dsb) boleh membantu membiayai perbelanjaan rawatan dialisis anda. Sekiranya anda tidak mengalami mana-mana simtom di atas, anda masih tidak memerlukan dialisis. Oleh kerana penyakit buah pinggang kronik ini seringkali berlaku tanpa disedari, anda kadangkala tidak sedar betapa anda memerlukan dialisis sehingga anda telah menjalani rawatan ini, dan berasa lebih bertenaga setelah menjalani rawatan anda.
Adalah penting untuk anda membuat persediaan awal untuk dialisis mahupun pemindahan buah pinggang—terutamanya apabila penyakit buah pinggang anda telah mencecah peringkat 4 atau 5. Mempelajari mengenai kepelbagaian jenis dialisis dan pemindahan buah pinggang dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat mengenai rawatan yang bakal anda hadapi. Setiap jenis dialisis akan memerlukan pembedahan, dan ini haruslah dilakukan terlebih dahulu supaya luka pembedahan boleh sembuh sebelum dialisis dimulakan.
Apakah Tempoh Rawatan Penyakit Buah Pinggang untuk Setiap Sesi di Malaysia?
Haemodialisis merupakan salah satu cara merawat penyakit buah pinggang di Malaysia. Ia biasanya dilakukan sebanyak 3-4 sesi setiap minggu. Setiap sesi mengambil masa kira-kira empat jam. Walau bagaimanapun, tempoh rawatan untuk penyakit buah pinggang bergantung kepada faktor individu. Antara faktor tersebut adalah tahap buah pinggang anda berfungsi, jumlah air di dalam badan setelah rawatan sakit buah pinggang, sisa yang dihasilkan oleh badan anda dan juga saiz badan anda.
Adakah Rawatan Untuk Sakit Buah Pinggang Menyebabkan Ketidakselesaan?
Bergantung pada badan anda, anda mungkin mengalami ketidakselesaan ketika rawatan awal sakit buah pinggang, iaitu ketika jarum khas dimasukkan ke dalam fistula untuk mengalirkan darah, dan disambungkan ke mesin haemodialisis melalui tiub darah. Meskipun cara rawatan buah pinggang ini secara semula jadinya tidak menyakitkan, anda mungkin mengalami sakit kepala, muntah atau kekejangan selepas sesi dialisis jika tekanan darah anda menurun.
Hal ini mungkin berlaku kepada sebilangan kecil pesakit ketika sesi rawatan sakit buah pinggang peringkat awal, terutamanya jika pesakit mengalami dehidrasi. Walau bagaimanapun, kebanyakan pesakit tidak lagi mempunyai masalah tersebut selepas beberapa kali menjalani sesi merawat sakit buah pinggang tersebut. Jika anda mempunyai sebarang gejala semasa atau selepas rawatan anda, anda harus memberitahu doktor atau jururawat dengan segera.
Unit penjagaan dialisis anda akan membantu dengan memeriksa keadaan anda secara konsisten semasa dan selepas sesi merawat penyakit buah pinggang. Mereka juga akan memastikan untuk memberikan ubat-ubatan yang betul, dan memperlahankan penyingkiran cecair semasa proses rawatan dialisis untuk keselesaan anda.
Berapakah Anggaran Kos Rawatan Pesakit Buah Pinggang di Malaysia?
Kos untuk mengubati sakit buah pinggang di Malaysia mungkin berbeza mengikut diagnosis dan keadaan pesakit. Anda disarankan untuk mendapatkan perundingan dan khidmat nasihat daripada unit profesional kami terlebih dahulu untuk mengetahui harga rawatan dialisis yang tepat untuk anda. Anda boleh menghubungi kami di talian 1-800-180-780 untuk mendapatkan janji temu anda.
Rawatan Dialisis Di Mana Sahaja — Walaupun Ketika Bercuti
DaVita turut menawarkan perkhidmatan rawatan penyakit buah pinggang kronik, atau haemodialisis kepada pelancong yang datang ke Malaysia dari negara lain. Anda disarankan untuk menghubungi pusat yang akan dilawati lebih awal untuk memberikan segala maklumat yang diperlukan. Ini juga bagi memastikan anda dapat menyediakan semua dokumen yang mungkin diperlukan nanti.
Anda boleh mencari pusat rawatan kami yang berhampiran dengan destinasi pelancongan anda atau rancang perjalanan anda berdasarkan lokasi pusat kami. Anda juga boleh menghubungi DaVitaLine untuk mendapatkan bantuan di talian 1-800-180-780.
Tips Pelancongan untuk Pesakit dalam Rawatan Sakit Buah Pinggang (Dialisis)
Jika anda sedang menerima rawatan untuk penyakit buah pinggang anda, anda masih boleh melancong dengan yakin seperti orang lain. Walau bagaimanapun, anda perlu mendapatkan kelulusan daripada doktor anda terlebih dahulu dan bertanya kepada mereka mengenai pelarasan dos atau ubat dialisis yang mungkin perlu dilakukan.
Sebagai pesakit dialisis, anda harus mula merancang perjalanan sekurang-kurangnya dua bulan sebelum bagi memastikan unit penjagaan dialisis anda boleh membuat aturan yang betul untuk rawatan dialisis buah pinggang di pusat rawatan berdekatan destinasi pelancongan anda.
Membuat persediaan awal juga dapat membantu dalam memastikan keseluruhan perjalanan anda berjalan lancar. Berikut merupakan beberapa tips bagi pesakit dialisis semasa melancong yang boleh anda ikuti:
- Beritahu keluarga tentang rancangan perjalanan anda.
- Sentiasa bawa senarai nombor telefon penting yang mungkin diperlukan serta salinan rekod perubatan anda semasa dalam perjalanan.
- Pastikan orang yang melancong bersama-sama anda mengetahui di mana rekod serta keperluan perubatan anda disimpan.
- Bawa ubat-ubatan anda secukupnya, termasuk untuk situasi kecemasan seperti kehilangan bagasi atau tumpahan cecair. Sentiasa ingat untuk menyimpan beberapa salinan preskripsi anda bersama anda.
Pentauliahan MSQH hanya dianugerahkan apabila telah berjaya melalui beberapa proses dengan teliti dan menyeluruh seperti pemeriksaan di tempat kerja, aktiviti pendidikan dan juga penelitian dari segi kualiti, keselamatan dan perkhidmatan. Pusat rawatan ini dinilai bersama dengan lapan pusat rawatan yang lain termasuk: pengendalian; cara penjagaan; sumber manusia; rawatan hemodialisis; etika amalan dan hak pesakit dan keluarga; pengawalan dan pencegahan penyakit; kemudahan dan kelengkapan; dan aktiviti peningkatan kualiti. Pada masa ini kami mempunyai 8 pusat DaVita yang menerima anugerah MSQH iaitu:
-
Pusat Dialisis DaVita Bangi
- Tahun Akreditasi MSQH : 4 tahun (sehingga 2023)
-
Pusat Dialisis DaVita Gurun
- Tahun Akreditasi MSQH : 10 tahun (sehingga 2022)
-
Pusat Dialisis DaVita Kota Damansara
- Tahun Akreditasi MSQH : 8 tahun (sehingga 2024)
-
Pusat Dialisis DaVita Pontian
- Tahun Akreditasi MSQH : 4 tahun (sehingga 2023)
-
Pusat Dialisis DaVita Sabak Bernam
- Tahun Akreditasi MSQH : 4 tahun (sehingga 2022)
-
Pusat Dialisis DaVita Seremban
- Tahun Akreditasi MSQH : 4 tahun (sehingga 2022)
-
Pusat Dialisis DaVita Taman Tasik Jaya
- Tahun Akreditasi MSQH : 5 tahun (sehingga 2024)
-
Pusat Dialisis DaVita Sungai Siput
- Tahun Akreditasi MSQH : 4 tahun (sehingga 2024)