Pengurus Fasiliti
Berikut adalah antara tugas-tugas dan tanggungjawab asas secara umum namun tidak terhad atau tertakluk seperti yang dinyatakan.
Penjagaan Pesakit – Merangkumi kehidupan pesakit dan memberi perkhidmatan klinikal yang optimum
Kejayaan sebuah fasiliti dialisis DaVita diukur mengikut sejauh mana tindak balas pesakit terhadap rawatan yang diberi. Pengurus Fasiliti bertanggungjawab untuk memantau keputusan klinikal pesakit dengan menggunakan kualiti matrik DaVita (DQI) dan bekerjasama dengan para doktor, jururawat dan juga pasukan tatatertib DaVita.
Semangat Berpasukan – Perkembangan, mentor, dan memberi inspirasi kepada pasukan yang padu
Pengurus fasiliti kami sentiasa berusaha di dalam membentuk satu pasukan klinikal yang bersepadu agar pesakit mendapat penjagaan yang optimum. Selain daripada itu, Pengurus fasiliti turut bertanggungjawab untuk menemuduga dan mengambil pekerja baharu, memastikan pematuhan oleh ahli pasukan, menjalankan penilaian terhadap ahli pasukan, memimpin ahli pasukan dan menggabungkan Core Values di dalam setiap aspek klinikal.
Pengurusan Kewangan - Drive bottom line results
Pentadbir fasiliti yang berdaya maju turut memastikan keseluruhan operasi dan prestasi klinik yang ditadbir berjalan lancar termasuk juga aspek kewangan. Mereka mengendalikan belanjawan, membuat ramalan perbelanjaan, berurusan dengan penjual, memesan barangan keperluan klinik, dan memastikan pematuhan terhadap standard kesihatan dan keselamatan awam.
Pendidikan, lesen, sijil dan pengalaman yang bersesuaian untuk memenuhi tugas-tugas utama, termasuklah kemahiran menggunakan komputer. Berdaftar sebagai jururawat awam dengan Lembaga Jururawat Malaysia
- Mempunyai sijil latihan terkini
- Mempunyai pengalaman sebagai jururawat selama sekurang-kurangnya lima tahun
- Memiliki kelayakan yang diiktiraf di dalam bidang penjagaan nefrologi
- Mempunyai masa yang fleksibel dan mampu untuk bekerja di luar kawasan
- Mempunyai lesen dan insuran memandu yang sah
- Berkebolehan menggunakan Word, Excel dan Power Point dan berkemahiran untuk melakukan menyampaian kerja serta menggunakan Internet
Berkemahiran untuk mengendalikan situasi yang memerlukan kontak dengan darah, cecair badan, tisu badan atau berkemungkinan terkana tumpahan atau percikan darah. Tugas ini juga memerlukan anda peka dengan keadaan sekeliling dan dapat memberi tindakbalas yang positif di waktu kecemasan. Memakai alat perlindungan yang bersesuaian pada setiap masa adalah penting untuk jawatan ini
Untuk pertanyaan mengenai peluang pekerjaan lain atau untuk memohon jawatan, sila hubungi kami hari ini: careers.malaysia@davita.com