Jururawat Berdaftar

Tujuan Umum Jawatan

Bertanggungjawab mengenai segala perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan pesakit dialisis Peringkat Akhir/End Stage Renal Disease di dalam situasi yang kronik.

Tugas-tugas dan Tanggungjawab Penting

Berikut adalah tugasan dan tanggungjawab asas secara umum namun tidak hanya terhad atau tertakluk seperti yang dinyatakan.

  • Menyelia dan menjaga pesakit secara keseluruhan namun tidak terhad kepada pemantauan dan pengambilan tanda-tanda vital, permulaan dan pemberhentian dialisis, menguruskan dokumentasi, menilai keadaan fizikal dan rawatan pesakit, merekodkan arahan daripada pakar perubatan, mendokumentasi dan merekod panduan berdasarkan keputusan makmal
  • Mengenalpasti tanda-tanda trauma, peka terhadap keadaan mental dan fizikal pesakit, mematuhi arahan pakar perubatan terhadap rawatan dialisis pesakit, dan memantau rekod perubatan pesakit
  • Menganalisa pencapaian pesakit, data makmal dan sekiranya perlu, menyampaikan isu-isu yang berbangkit yang berkaitan dengan pesakit kepada pakar perubatan
  • Memberitahu setiap kecemasan, komplikasi yang kritikal dan perkara yang membahayakan nyawa pesakit kepada penyelia, Pengarah Perubatan, Pengarah Operasi Serantau, Pentadbir Fasiliti dan Pentadbir Kumpulan Fasiliti
  • Menilai pesakit dan keluarga pesakit berkaitan dengan pengetahuan mereka mengenai dialisis dan perkara-perkara yang berkaitan, juga menyampaikan maklumat berkaitan dengan penyakit buah pinggang dan rawatan yang diperlukan oleh pesakit, termasuk impaknya terhadap kesihatan dan cara kehidupan pesakit
  • Menjalankan terapi dialisis, termasuk namun tidak terhad kepada pelan yang dicadangkan oleh pakar perubatan, menilai kadar ultrafiltrasi, mengesahkan bahawa faktor keselamatan sentiasa dipatuhi, memantau ubatan dan rawatan pesakit, menghentikan dialisis mengikut prosedur yang telah ditetapkan, mendokumentasikan segala aktiviti yang berkaitan dengan kesihatan pesakit
  • Memberi taklimat kepada pesakit mengenai penjagaan sebelum dan selepas dialisis
  • Mentadbir penjagaan kesihatan pesakit dengan hormat dan cermat
  • Mengambil bahagian di dalam perkembangan pelaksanaan pelan jangka pendek dan jangka panjang pesakit, dan merekod perkembangan bulanan pesakit
Kelayakan Minima
  • Berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia
  • Memiliki sijil perkhidmatan terkini
  • Baru menamatkan pembelajaran, memiliki pengalaman kurang daripada setahun selepas memiliki lesen 
  • Mempunyai pengalaman menguruskan dialisis kurang daripada 3 bulan 
  • Memiliki lesen nefrologi yang diiktiraf, memiliki kelayakan asas di dalam bidang nefrologi
  • Mempunyai kemahiran asas di dalam MS Word dan Outlook.
Persekitaran Kerja

Berkemahiran untuk mengendalikan situasi yang memerlukan kontak dengan darah, cecair badan, tisu badan atau berkemungkinan terkena tumpahan atau percikan darah. Tugas ini juga memerlukan agar anda peka dengan keadaan sekeliling dan dapat memberi tindakbalas yang positif ketika menghadapi kecemasan. Memakai alat perlindungan yang bersesuaian pada setiap masa adalah penting untuk jawatan ini


Untuk pertanyaan mengenai peluang pekerjaan lain atau untuk memohon jawatan, sila hubungi kami hari ini: careers.malaysia@davita.com