Usaha Vaksinasi COVID-19 DaVita Malaysia

Dengan wabak pandemi Covid-19 yang menyerang lebih daripada berjuta-juta orang - pesakit dialisis sangat terdedah kepada jangkitan. Pasukan kami telah merancang dan mengambil langkah-langkah keselamatan dan kawalan jangkitan untuk memastikan semua pesakit kami selamat dan sihat. Keselamatan dan kesejahteraan pesakit kami terus menjadi keutamaan kami. Oleh itu, kami bermatlamat untuk membimbing dan menyokong semua pesakit kami di DaVita Malaysia untuk mendapat akses segera untuk vaksinasi COVID-19.

Kami terus berinteraksi dengan pesakit kami setiap hari dengan memberikan bimbingan dan informasi yang diperlukan mengenai kepentingan vaksin. Jururawat kami bekerjasama secara proaktif dengan pesakit melalui pelbagai usaha seperti sesi pendidikan pesakit dan sesi kaunseling yang relevan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan untuk mendapatkan vaksin. Ia adalah sangat penting untuk kami memainkan peranan dengan baik dalam memastikan faktor-faktor pengambilan keputusan pesakit kami untuk mendapat vaksin dapat ditentukan.

Usaha yang dilakukan oleh pasukan kami telah membawa manfaat kepada kami. Dengan bangganya, kami ingn mengumumkan bahawa 95% pesakit kami telah menerima dos pertama vaksin Covid-19! Ini adalah pencapaian amat bagus untuk kami di DaVita Malaysia kerana ini membuktikan bahawa kami selaras dengan matlamat kami mengenai keselamatan dan kesejahteraan pesakit. Kami akan terus berusaha dengan gigih untuk menegakkan reputasi klinikal kami dengan memberikan perkhidmatan penjagaan yang berkualiti kepada pesakit kami.