Program “Iron Outreach”
Program Iron Outreach adalah salah satu inisiatif CSR DaVita Malaysia untuk membantu pesakit yang kurang bernasib baik. Program ‘Iron Outreach’ bertujuan untuk memberi bantuan kewangan kepada pesakit yang mengalami kesukaran untuk membeli suntikan zat besi. Pada 2021, berikutan dari 2020, kami telah memperbesarkan skala projek dan sejumlah 428 pesakit berjaya menamatkan Program ‘Iron Outreach’ dari Sept ‘21 sehingga Jan ‘22.
DaVita adalah penyedia penjagaan buah pinggang terkemuka di Malaysia. Kami berusaha untuk terus meningkatkan perkhidmatan kami untuk pengalaman pesakit yang lebih baik. Kami komited untuk memastikan bahawa rawatan dan perkhidmatan berkualiti terbaik diberikan kepada pesakit kami, dan kami menitikberatkan amalan perubatan terbaik untuk hasil klinikal yang lebih baik. Kami percaya inisiatif ini akan bermanfaat untuk ramai pesakit yang mengalami masalah kewangan, terutama ketika pandemik COVID-19 yang sukar ini di mana ramai yang kehilangan sumber pendapatan mereka dan tidak dapat menjalani rawatan dialisis.