Kueh Teow Kantonis

Kueh Teow Kantonis
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 4 cawan kueh teow
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 ½ ketul ayam bahagian dada - dipotong dadu
  • 2 pokok sawi hijau – dipotong kecil
  • ¾ cawan air
     
  • 3 sudu makan kicap pekat
  • 1 biji telur
  • ½ sudu makan tepung jagung *
  • 2 sudu makan air *

* Dibancuh bersama
 

  1. Panaskan 2 sudu makan minyak dan gorengkan kueh teow. Angkat dan ketepikan.
  2. Menggunakan kuali yang sama, panaskan 1 sudu makan minyak, tumis bawang hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam dan masak seketika.
  4. Tambahkan sawi.
  5. Masukkan air dan perisakan dengan kicap pekat. Biar mendidih seketika.
  6. Masukkan telur dan kacau rata.
  7. Masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga kuah menjadi pekat. Kacau rata.
  8. Angkat dan hidangkan ketika masih panas.