Apam Kampung

Bahan-bahan
- 3/4 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan tepung beras
- 3 sudu besar gula perang
- 1/2 sudu besar yis
- 1/2 cawan + 2 sudu besar air
- 1 sudu kecil minyak masak
- 3 1/2 sudu besar kelapa parut
Cara Penyediaan
- Campurkan semua bahan kecuali kelapa parut di dalam mangkuk.
- Pukul campuran sehingga teksturnya licin dan tidak lagi berketul-ketul.
- Sapukan minyak pada permukaan dalam bekas pembakar berukuran 24cmx13cm.
- Tuangkan campuran ke dalam bekas pembakar. Ketepikan dan biarkan selama 1 jam.
- Sementara menunggu, siapkan pengukus dan didihkan airnya.
- Setelah 1 jam berlalu, masukkan bekas ke dalam pengukus dan kukus selama 40 minit. Jangan buka penutup pengukus sepanjang masa mengukus.
- Selepas mengukus selama 40 minit, keluarkan bekas daripada pengukus dan biarkan apam sejuk hingga ke suhu bilik.
- Keluarkan apam daripada bekas dan potong menjadi 8 bahagian.
- Taburkan separuh sudu besar kelapa parut ke atas setiap potongan kuih apam dan ia kini sedia untuk dihidangkan.